Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Tak Puas Hati Makanan Sampai Paling Lewat, Lelaki Ini Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Tak Puas Hati Makanan Sampai Paling Lewat, Lelaki Ini Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Kategori:
Cari-Gaduh-Dengan-Robot-Pelayan

Bila dah pesan makanan di kedai makan, tiada siapa yang suka menunggu lama. Lebih-lebih lagi semasa perut kosong, sudah tentu kita akan lebih cepat berasa moody dan marah-marah.

Namun adakalanya hal yang tidak diduga akan berlaku di bahagian dapur yang akan membuat pelanggan menunggu lebih lama dari biasa. Ada yang mampu bersabar, tapi ada yang lain pula hingga mahu bergaduh dengan pekerja.

Tak Puas Hati Makanan Sampai Paling Lewat, Lelaki Ini Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Hal sebegitu berlaku apabila seorang wanita azie_anjeeee dan kawan-kawannya telah ke sebuah kedai makan untuk makan bersama sambil meluangkan waktu untuk lepak bersama.

Setelah memesan makanan masing-masing, mereka dengan penuh sabarnya menunggunya siap dimasak. Satu-satu hidangan tiba, wanita itu menyedari bahawa salah seorang kawannya belum menerima lagi makanannya.

Walaupun sedang lapar, kawan lelakinya itu cuba tahan sabar tapi dengan perut yang kosong, kelewatan tersebut mula mengujinya. Selang beberapa minit baru lah pesanannya tiba. Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Kelaparan, dia terus mengambil makanannya dari robot pelayan yang menghantarnya sambil tak berhenti membebel pada robot tersebut. Melihat gelagat kawannya, semua orang di meja itu berasa sangat terhibur. Ada juga yang turut ikut mengusik. Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Selesai mengambil makanannya, dia terus menghalau robot tersebut kerana masih lagi berasa ‘panas’ dengan perkhidmatannya yang lambat.

“Sebab makanan dia paling last. Sampai merajuk robot tu sampai nak langgar dinding!”, ulas wanita tersebut.

@azie_anjeeee

Sakit perut laa da dpt member camni …lapar smpi ajak gduh ngn robot🀣 ..kesian robot kena ceramah ..

♬ original sound – ℂ𝔼𝕆 𝕆𝔽 π”Ήπ”Έβ„•β„•π”Όπ”»πŸŽ— – KNAPE ERK! πŸŽ—

@azie_anjeeeeSakit perut laa da dpt member camni …lapar smpi ajak gduh ngn robot🀣 ..kesian robot kena ceramah ..♬ original sound – ℂ𝔼𝕆 𝕆𝔽 π”Ήπ”Έβ„•β„•π”Όπ”»πŸŽ— – KNAPE ERK! πŸŽ—

Sesiapa sahaja akan mudah melenting apabila perut tengah kosong dan kelaparan. Kita yang makanan belum tiba sambil tengok orang lain ini tentu akan berasa ‘panas’.

Tapi kesian pula kepada robot pelayan tersebut yang terpaksa menanggung padah. Yang silapnya pihak dapur tapi dia pula yang kena bebel. Kerja robot itu hanyalah untuk menghantarkan pesanan, bukan menyediakannya di dapur.

Kredit: azie_anjeeee

Baca Juga: 1 Tahun Kehilangan Ayah, Adik Kecil Ini Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan Sambil Jaga Adik

 

tags: | | | |