Sup labu sangat mengenyangkan. Di negara luar seperti Amerika Syarikat, ia dinikmati ketika musim luruh dan sejuk bagi menghangatkan badan semasa cuaca sedang dingin.
Jika anda ingin cuba, sup labu kuning berkrim ala western ini boleh disediakan ketika musim hujan. Maklumlah ketika itu, lebih syok jika dapat makan makanan berasaskan sup.
Di bawah kami kongsikan cara untuk menyediakan sup labu kuning berkrim. Resepi ini telah diolah oleh Rozita Lamidi di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Sup Labu Kuning Berkrim Ala Western, Lagi Bila Bila Dicicah Dengan Roti
Bahan-bahan
- 1kg labu (rebus, ambil isinya)
- 250 ml susu segar atau whipping cream
- 250 ml air
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2cm halia
- 2 kiub pati ayam
- 1 sudu besar garam
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 3 sudu besar butter atau minyak zaitun
Cara-caranya
- Potong dadu bawang merah, bawang putih dan hirisan halia. Tumis dengan menggunakan butter atau minyak zaitun, sehingga naik bau.
- Masukkan bahan yang telah ditumis, isi labu yang telah direbus, air ke dalam blender untuk dikisar sehingga halus.
- Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk, tuangkan whipping cream, kiub pati ayam, garam, serbuk lada hitam, kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api yang sederhana.
- Siap, boleh tutup api dan hiaskan dengan sedikit daun parsley.
- Boleh dihidangkan bersama roti untuk dicicah.
Dah siap sup labu kuning berkrim ini. Nampak mudah dan ringkas sangat untuk disediakan, memang lebih sedap bila dicicah bersama roti.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Rozita Lamidi di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ada Pokok Selasih Di Rumah? Guna Untuk Sediakan Hidangan Fettucini Bersama Sos Pesto Ini