Pokok selasih memang teramat mudah untuk ditanam. Sekali ia tumbuh, memang cantik dan mekar daunnya sampai si penanam tak tahu nak buat apa. Hari-hari buat ulam dan letak dalam masakan Thai pun boleh menjadi bosan.
Hari-hari masak hidangan yang sama, apa kata kita ubah pula selera dan cuba sesuatu yang baru pula? Kalau nak tahu, pesto yang diguna secara meluas dalam masakan Itali dibuat dengan menggunakan daun pokok selasih sahaja.
Jika anda teringin untuk mencuba, ini dia resepi Fettucini bersama sos pesto yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resepinya telah diolah oleh Khairul Abdullah dan berjaya meraih sebanyak 1 ribu lebih Likes di Facebook. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Ada Pokok Selasih Di Rumah? Guna Untuk Sediakan Hidangan Fettucini Bersama Sos Pesto Ini
Bahan-bahan
- 2 cawan daun selasih
- 2 hingga 3 sudu pine nut (disangai) – dapatkan di sini
- 1/2 cawan keju parmesan
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 1 hingga 3 ulas bawang putih
- 7 hingga 8 biji tomato ceri (dibelah)
- Sedikit garam
- Lada hitam
- 200 gram fettucini
Cara-caranya
- Kisar daun selasih dan pine nut dulu.
- Kemudian, masukkan bawang putih dan keju, kisar lagi sampai halus dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Siap dah sos dia.
- Rebus fettucini sampai masak elok dan biarkan kenyak sikit (al-dente). Lepas itu, toskan dan cepat-cepat angkat jangan sampai kering. Nak dia lembap gitu.
- Masukkan sos pesto yang dikisar tadi ke dalam fettucini dan gaul sebati bersama tomato. Rasa dulu dan tambahkan garam dan lada hitam lagi jika perlu.
- Siap untuk dihidangkan.
Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan hidangan Itali autentik di rumah. Fettucini bersama sos pesto ini antara yang ringkas, memang sedap sangat.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Khairul Abdullah
Baca Juga: Bosan Masak Maggi Guna Cara Sama? Jom Tukar Buat Maggi ‘Stail Itali’ Macam Ini