Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sanggup Tunggu 2 Jam Demi First Date, Akhirnya Lelaki Ini Ditinggalkan Awek Untuk Lelaki Lain

Sanggup Tunggu 2 Jam Demi First Date, Akhirnya Lelaki Ini Ditinggalkan Awek Untuk Lelaki Lain

Kategori:
Tunggu 2 Jam Demi First Date

Bercinta di alam maya sudah menjadi perkara biasa di zaman sekarang. Malah ramai yang berjaya mendirikan rumah tangga dengan kenalan di media sosial.

Sebelum berbincang soal perkara yang lebih serius seperti pernikahan, amatlah penting untuk kita saling mengenali satu sama lain dan bertemu dengan pasangan masing-masing terlebih dahulu.

Oleh itu setelah lama berbual di media sosial, seeloknya satu pertemuan dirancang supaya dapat melihat keserasian bersama. Namun tak semua pertemuan pertama yang dirancang akan berjalan seperti yang diharapkan.

Sanggup Tunggu 2 Jam Demi First Date, Akhirnya Lelaki Ini Ditinggalkan Awek Untuk Lelaki Lain

Berkenalan dengan seorang wanita menerusi media sosial, seorang lelaki imrnhkimx bagaimanapun berkongsi kisah malang dari pertemuan pertamanya dengan wanita tersebut.

Setelah lama berbalas mesej, dia akhirnya berani mengajak wanita itu untuk keluar bersama untuk bertemu. Merupakan pertemuan pertama mereka, lelaki itu merancang untuk melihat wayang bersama dan telah membeli dua keping tiket di pawagam berhampiran. Sambil itu, dia juga membeli popcorn dan minuman, mungkin untuk mengambil hati wanita tersebut. Tunggu 2 Jam Demi First Date Tunggu 2 Jam Demi First Date

Namun lelaki itu hairan apabila kelibat wanita tersebut belum lagi kelihatan. Tidak putus harapan, dia tetap menunggunya. Sudah dua jam, wanita itu akhirnya memberitahunya bahawa dia tidak dapat menyertai pertemuan mereka kerana ingin menemani kawan lelakinya untuk aktiviti jogging. Tunggu 2 Jam Demi First Date

Kecewa dengan tindakan wanita itu, dia bagaimapun pasrah dengan perkara yang berlaku.

https://www.tiktok.com/@imrnhkimx/video/7118706175012523290?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@imrnhkimx Sape yang free tu meh la ada satu tiket lebih ni 🙂 #fypシ #fyp ♬ original sound – .jk :/

Menjengah di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu. Dilukai, mereka faham mungkin dia terluka dengan tindakan wanita tersebut yang kelihatan sangat tidak bertimbang rasa dan tidak menghargai usaha orang lain.

Tentu Kecewa, Ramai Bersimpati Dengan Nasib Lelaki Itu Tunggu 2 Jam Demi First Date

Sesiapa yang berada di tempat lelaki itu tentu akan berasa sangat kecewa dan disakiti. Niat nak berkenalan secara lebih mendalam, tiket, makanan dan minuman pun sudah dibeli untuk wanita itu tapi akhirnya begini dibalasnya.

Seharusnya bila kita sudah berjanji untuk bertemu dengan seseorang, tunaikanlah. Jangan bagi harapan tapi akhirnya mengecewakannya.

Kredit: imrnhkimx

Baca Juga: Guna Robot Untuk Buat Nasi Goreng, Ciptaan Hebat & Kreatif Ini Tarik Perhatian Orang Ramai

tags: | |