Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Rider Tegur Pegawai Keselamatan Tapi Lain Pula Yang Jadi..

Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Rider Tegur Pegawai Keselamatan Tapi Lain Pula Yang Jadi..

Kategori:
Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai

Pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan bukanlah mudah seperti yang disangka ramai. Selain perlu menghadapi risiko di jalan raya dan cuaca yang tidak menentu, lokasi pelanggan turut menjadi cabaran yang besar.

Ini kerana tak semua lokasi mudah diakses oleh rider. Lebih-lebih lagi apabila pelanggan tinggal di kawasan perumahan mewah, para rider tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki kawasan tersebut.

Oleh itu, makanan dan minuman pelanggan yang telah dipesan akan ditinggal di pondok pengawai keselamatan. Namun, segelintir pihak pengurusan perumahan tersebut mengambil lewa dan tidak menyediakan tempat meletak makanan yang bersesuaian.

Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Rider Tegur Pegawai Keselamatan Tapi Lain Pula Yang Jadi..

Perkara sebegitu terjadi apabila seorang rider Foodpanda amirol1991, telah menerima pesanan dari seorang pelanggan dan bergegas untuk menghantarkannya ke lokasinya.

Tiba di kawasan perumahan yang kelihatan mewah itu, rider itu mungkin diarahkan untuk meninggalkan makanan dan minuman pelanggan di pondok keselamatan. Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai

Akur, dia berbuat demikian tapi terkejut apabila melihat pegawai keselamatan membawa pesanan pelanggan dan meletakkannya di atas lantai di sudut ruangan lobi. Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai

Tak berpuas hati, dia lantas menegur tindakan mereka tapi ini pula yang terjadi. Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai

“Bila tegur makanan tak elok letak lantai, boleh guard tu cakap jumpa lah boss saya. Ini macam ke? Bukan tak hormat security tapi cara dia cakap pun tak elok.”, cerita rider itu.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa pihak pengurusan seharusnya dipertanggungjawabkan memandangkan pihak pegawai keselamatan hanya menuruti arahan mereka.

“Sia-sia bayar yuran maintenance kalau kemudahan penduduk tak jaga. Stop la bayar yuran tu. Penduduk kena boikot.”, gesa Betih Ghima.

Manakala pengguna Nasrul Saufi meminta penduduk perumahan itu sendiri mengambil tindakan dan tidak menunggu pihak lain menyuarakan hal itu; “Sepatutnya penghuni-penghuni kena bincang dengan pihak pengurusan tu. Takkan la rider nak buat semua kerja.”.

Pihak Pengurusan Seharusnya Peka Dan Menyediakan Kemudahan Meja & Kerusi Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai

Video yang ditular rider ini bukanlah ingin mengecam pihak pegawai keselamatan tapi untuk menegur pihak pengurusan yang seharusnya menyediakan kemudahan yang sepatutnya pada pihak penghuni.

Tak manis jika makanan dan minuman yang telah dipesan mereka dibiarkan di atas lantai. Barangkali akan dimakan haiwan atau diambil orang lain, tambahan pihak rider pula yang akan dipersalahkan.

Jadi, harap pihak pengurusan lebih peka dan menemui solusi pada masalah ini.

Kredit: amirol1991

Baca Juga: “Tak Panggil Polis?” , Kes ‘Amuk’ Di Kedai Makan, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Risau

tags: | |