Roti Jala masih lagi popular sehingga ke hari ini. Mudah sahaja untuk disediakan dan selalu disajikan bersama kari ayam, ia memang menjadi hidangan pembuka selera yang mengenyangkan.
Selain bersama kari ayam, anda juga boleh menghidangkannya bersama kari ikan sardin ini. Kalau nak tahu cara untuk menyediakan kari ikan sardin bersama roti jala, ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bapa Ini Kongsi Resepi Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala, Sedap Dijadikan Bekal
Bahan kari ikan sardin
- 2 bungkus rempah kari ikan + rempah kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 kotak kecil santan
- Sedikit air asam jawa
- 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- Minyak masak
- Garam
- Gula
- Serbuk ajinomoto
- 2 tin sardin – guna jenama ini
Bahan tumis kari sardin
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu besar halba campur
- 3 tangkai daun kari
Bahan roti jala
- 3 hingga 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Air yang telah dimasak
- Pewarna kuling telur
Cara penyediaan kari sardin
- Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
- Masukkan bahan-bahan tumis kari sardin dan masak sehingga garing.
- Masukkan rempah kari, serbuk cili dan sedikit air.
- Ketika ini boleh masukkan kentang dan lobak merah.
- Masak sehingga pecah minyak dan kentang serta lobak merah empuk.
- Tambahkan santan dan air asam jawa.
- Masukkan garam, aji dan gula secup rasa.
- Dah mendidih, boleh tambahkan sardin tin dan masak lagi sehingga didih.
- Dah siap untuk dinikmati.
Cara penyediaan roti jala
- Masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
- Pastikan adunan anda tidak terlalu cair, buat macam adunan kuih dadar.
- Kemudian, masukkan ke dalam botol yang ada lubang-lubang pada bahagian tudung (guna botol begini). Panaskan kuali nonstick yang kering dan jala perlahan-lahan hingga adunan tadi habis.
- Sedia untuk dihidang bersama kari sardin.
Dah siap kari ikan sardin bersama roti jala ini. Nampak sangat sedap, kan? Memang sesuai dijadikan hidangan makanan tengah hari. Tak terlalu berat, memang sedap.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Lagi Mengancam, Ini Tips Goreng Roti Sardin Rangup & Tak Serap Minyak. Perah Asam Limau