Dalam dunia yang serba cedera ini, kebaikan harus dituai dan disebar luas untuk hidup sejahtera dalam bermasyarakat khususnya. Berbuat baik kepada sesiapa sahaja pun kerana Tuhan Maha Mengetahui dan akan membalas segala kebaikan kita dalam bentuk yang kita tak pernah jangka.
Seperti video yang tular baru-baru ini di media sosial, kebaikan abang popia yang membuka gerai jualan di hadapan Sekolah Seksyen 7, Bandar Baru Bangi melayan karenah budak-budak sekolah dibalas oleh Tuhan. Dalam seloroh dan jenaka dia melayan mereka, kedainya tular dan mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh abgpopia itu, dia menunjukkan bagaimana setiap hari dia ‘dibuli’ oleh budak-budak sekolah yang lalu di hadapan gerai jualannya. Dia melayan mereka seperti adik sendiri dan sekaligus membuatkan susasana di kedainya meriah dengan lawak jenaka mereka.
“Buli lah abang dik sebab kalau korang dah besar nanti mesti abang rindu,” tulis abang popia di hantaran video budak sekolah sakat abang popia berkenaan.
Dalam video yang sama, kelihatan bas atau van sekolah yang lalu di hadapan kedai abang popia akan didengari jeritan kuat ‘abang popiaaaaaaa’. Budak sekolah menjerit kepadanya seolah-olah mereka adalah peminat abang popia berkenaan.
@abgpopia Bukan main kuat budak sekolah ni jerit. Saya jerit balik. 🤣#fyp #fypシ ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Tidak hairan jika melihat video-video berkenaan, abang popia sememangnya baik dan sabar melayan karenah mereka dan juga pelanggannya sendiri. Melihat ruangan komen, ramai netizen yang menganggap abang popia baik daripada sikapnya melayan pelanggan dan budak-budak berkenaan.
“Orang baik ramai sayang. Abang ada sikap yang baik ni,” kata seorang netizen bernama Mal.
“Abang mesti baik sebab tu budak-budak selalu panggil. Kot boleh dapat makan popia abang yang sedap,” kata netizen lain bernama Dewi berkenaan video budak sekolah sakat abang popia yang tular itu.
Benarlah, seperti kisah budak sekolah buli abang popia ini yang rupanya menyakat dia, kebaikan yang kecil akan dibalas Tuhan dengan kebaikan berganda. Ini dapat dilihat daripada keikhlasan abang popia melayan budak-budak sekolah berkenaan dan Tuhan membalasnya dengan rezeki perniagaan yang semakin laris dan laku.
Panjang umur hal-hal baik. Semoga terus berjaya buat semua.
Sumber: abgpopia
Baca juga: Diperlekeh Pelanggan Kerana Jual Takoyaki Tepi Jalan Walau Ada Ijazah, Rupanya Peniaga Ini…