Ayam percik menjadi hidangan yang terkenal, terutamanya di wilayah Pantai Timur. Selalu dimakan bersama Nasi Kerabu sebagai sarapan pagi, ramai yang menyangka penyediaan hidangan ini agak sukar kerana ia mempunyai aroma dan kuah yang begitu sedap.
Tapi sebenarnya, hidangan ini sangat mudah untuk disediakan. Malah, di sini kami ingin berkongsi resepi ayam percik simple yang telah diolah oleh Hamizah Hassanudin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Ayam Percik Simple, Tak Perlu Perap Lama-Lama Pun Tetap Sedap Bila Dimakan
Bahan
Bahan perapan
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam
Bahan untuk kuah
- 1.5 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 3 hingga 4 batang serai
- 2 pek santan pekat
- 8 ulas bawang merah
- 1 keping asam keping
- Garam
- Gula kabung – dapatkan di sini
- Gula putih (optional)
Cara-caranya
- Kisar bahan perapan dan perap bersama ayam selama sekurang-kurangnya 30 minit. Kelar bahagian peha ayam dan kukus atau rebus ayam sehingga separuh masak.
- Kisarkan bawang merah, cili kering, bawang putih, halia dan serai hingga halus.
- Tumiskan bahan yang telah dikisar halus tadi dengan minyak yang secukupnya. Biar sampai naik bau dan cili masak dengan baik.
- Dah garing semua tu okey la.
- Kemudian, tambahkan asam keping dan gula kabung untuk berikan warna yang lebih cantik. Boleh juga digantikan dengan gula perang. Perasakan dengan garam dan tambah gula atau garam mengikut citarasa masing-masing.
- Dah agak larut baru masukkan santan. Masak sampai kuah jadi pekat likat.
- Kuah sudah siap.
- Ayam yang perap tadi. Angkat susun dalam loyang nak bakarkan dia.
- Kemudian, letakkan kuah percik yang kita dah siapkan tadi atas ayam tu. Boleh bakarkan gunakan dapur arang, pemanggang ajaib atau oven.
- Siap dibakar.
- Boleh tambahkan lebihan kuah dan sedia untuk dinikmati.
Dah siap akhirnya hidangan ini. Nampak sangat sedap, bagi penggemar ayam percik, wajib cuba. Memang mudah dan tak makan begitu banyak masa seperti yang disangka.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Hamizah Hassanudin
Baca Juga: Ini Resepi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati