Makan di restoran ini memang memudahkan dan lain macam juga nikmatnya. Walaupun begitu, ia memerlukan duit dan hanya dikunjungi pada waktu-waktu tertentu.
Bila datang dengan perut yang kosong, macam-macam yang akan dipesan dan tak semua pelanggan sabar menunggu lama untuk makanan dan minuman mereka.
Oleh itu, pihak restoran dinasihati untuk berhati-hati dengan pesanan pelanggan agar tidak berlaku sebarang kesilapan. Jika tersalah, ia boleh mengundang perasaan marah dari mereka.
Terbaharu, seorang lelaki alif_hailkal1 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman buruk setelah ke sebuah restoran masakan panas.
Gara-gara lapar, dia dan kawan-kawan telah memesan beberapa hidangan iaitu sayur kailan, sotong celup tepung, siput buluh segar, dan lauk ikan siakap untuk dinikmati bersama nasi putih.
Akhirnya makanan dan nasi mereka telah dihantar ke meja. Namun lauk ikan yang telah dipesan belum lagi sampai.
Kerana perut dah berbunyi, mereka menjamah lauk yang ada sambil menunggu lauk tersebut tapi puas ditunggu, ia masih lagi belum tiba dan perkara itu membuat lelaki tersebut potong mood untuk makan.
“Kita lapar-lapar buat perangai laguni!”, luahnya.
Malah, dia juga bertanya mengenai lauk itu dari pelayan tapi makin kecewa apabila dimaklumkan bahawa lauk itu telah dihantarkan ke meja lain. Meskipun pihak restoran telah memberi diskaun, dia tetap tidak berpuas hati.
@alif_haika1 Tanya2 boleh pulak dia kata pi hantaq meja lain 🤬🤬🤬tggu lg mood mkn kelaut…Dapat la diskon 2 rggt 😴 112 rggt byr 110 Norseha Norseha Jadah betul.#myfoodie #muar
@alif_haika1 Tanya2 boleh pulak dia kata pi hantaq meja lain 🤬🤬🤬tggu lg mood mkn kelaut…Dapat la diskon 2 rggt 😴 112 rggt byr 110 Norseha Norseha Jadah betul.#myfoodie #muar ♬ bunyi asal – Alif Haikal
Di ruangan komen, orang ramai faham situasi tersebut mungkin menjengkelkan tapi mereka menasihati lelaki itu supaya terus sabar.
“Dugaan Allah bagi. Aku kena masa berbuka, sanggup tunggu ikan sampai. Depan rezeki.”, nasihat SMF2022.
Sebagai pelanggan, tentu kita akan rasa seperti ingin meletup jika perkara ini berlaku tapi kita juga perlu faham bahawa kesilapan akan berlaku, walau di kedai makan.
Jadi sebagai seorang manusia, maafkanlah kesalahan tersebut yang mungkin tidak disengajakan dan janganlah kita terlalu memarahi pihak restoran.
Kredit: alif_hailkal1
Baca Juga: “Nanti Lagi Orang Tengok!” – Budak Teriak Di Kedai Makan Gara-Gara Tak Dengar Nasihat Ibu Bapa