Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Susah Bangun Dari Tidur, Akhirnya Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain, Terus Berdesup Bangun!

Anak Susah Bangun Dari Tidur, Akhirnya Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain, Terus Berdesup Bangun!

Kategori:
Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain

Menjaga anak yang masih kecil bukannya sesuatu yang mudah. Nama pun budak, ada waktu mereka mendengar kata, ada pula sebaliknya. Dengan macam-macam ragam, para ibu bapa perlu bersiap sedia untuk melayan kerenah mereka.

Antara cabaran terbesar yang mungkin dihadapi ibu bapa adalah ketika mengejutkan anak bangun dari tidur untuk ke sekolah atau mandi. Tapi perkara itu lebih sukar dari yang disangka.

Walaupun dah cuba macam-macam cara tapi tetap tidak berhasil. Akhirnya ibu bapa perlu mencuba ‘cara lain’ untuk mengejutkan anak mereka dari tidur.

Anak Susah Bangun Dari Tidur, Akhirnya Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain, Terus Berdesup Bangun!

Mempunyai seorang anak kecil, seorang wanita yang dikenali sebagai yann_bakerina menghadapi kesukaran tiap kali mengejutkan anaknya bangun dari tidur.

Penat dicuba pelbagai cara seperti menarik selimut, menutup kipas dan ada juga habis suara gara-gara menjerit, dia akhirnya mengambil sekeping roti yang telah disapu dengan coklat. Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain

Disuap pada anaknya yang kelihatan sedang nyenyak tidur, kanak-kanak itu terus mengigit roti tersebut. Walaupun masih lena, anaknya kelihatan berkerut dan sedap mengunyah makanan itu. Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain

Selepas menelan roti tersebut, anaknya terus bangun dari tidur dan kelihatan bertenaga. Nampaknya cara ini sangat berkesan, jadi dia juga menyarankan ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama di luar sana untuk mencubanya.

@yannfrommars

Boleh la bapak bapak tiru tips ni kalau nak kejut anak masing masing ya🤣 #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #sofianunut

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

@yann_bakerina Boleh la bapak bapak tiru tips ni kalau nak kejut anak masing masing ya🤣 #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #sofianunut ♬ Funny Song – Cavendish Music

Menjengah di ruangan komen, teknik wanita itu mengejut anak bangun dari tidur menarik perhatian orang ramai juga. Malah ada yang menggunakan teknik yang sama mengatakan ia sangat berkesan.

“Hahaha! Trik ini saya buat kat husband saya, memang menjadi.”, kongsi enor_a.

Cara Ini Dijamin Berkesan Oleh Ramai Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain

Kalau sesiapa yang menghadapi masalah anak susah bangun dari tidur, cubalah cara ini tapi perlu berhati-hati, takut nanti tercekik pula anak semasa tidur!

Kredit: yann_bakerina

Baca Juga: Suami Sanggup ‘Pakai’ 9KG Buah Tembikai Untuk Sahut Pregnancy Challenge Dari Isteri, Akhirnya..

tags: | | |