Minuman herba telah diamalkan oleh masyarakat semenjak dahulu lagi, terutamanya di kalangan bangsa Cina bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
Setiap jenis minuman itu mempunyai beberapa manfaat tapi kerana terdapat beberapa campuran herba, rasa minuman itu selalunya pahit dan agak sukar untuk ditelan. Bagi anda yang belum pernah mencubanya, mungkin rasa minuman tersebut boleh membuat anda ‘terkejut’ seperti lelaki ini.
Terbaharu, seorang lelaki sejenisscorpio telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pengalaman pertamanya mencuba minuman teh herba Cina dari Koong Woh Tong.
Bersiar-siar di pusat membeli belah, dia melihat kedai tersebut dan berminat untuk mencubanya memandangkan ia bagus untuk kesihatan.
Membeli secawan, dia menghirup minuman tersebut menggunakan straw tapi rasa kurang senang dengan rasanya yang begitu pahit. Cuba untuk memberi peluang kedua pada minuman tersebut, dia tetap tidak mampu menghabiskannya.
Kerana tak suka, dia akhirnya terpaksa membuang minuman herba itu. “Pahit dia macam kenangan silam aku.”, katanya.
@sejenisscorpio Pahit dia macam kenangan silam aku.
@sejenisscorpioPahit dia macam kenangan silam aku.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai komen bahawa rasa yang pahit itu bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Selain itu, terdapat pelbagai minuman herba lain di sana yang boleh dicuba. Kalau minum di sana boleh tambah gula untuk kurangkan rasanya yang pahit.
Minuman herba ini tak semua orang menggemarinya. Rasanya yang kuat dan pahit mungkin membuat segelintir dari kita berasa tidak selesa. Tapi tak cuba maka tak tau, kan? Yang penting Halal dan bagus untuk kesihatan.
Kredit: sejenisscorpio
Baca Juga: Jual Kek Guna Foodpanda, Peniaga Suka Bila Dapat Raih RM2 Ribu Lebih Tiap Bulan