Hidup berjiran akan menemukan kita dengan manusia yang datang dari latar belakang yang berlainan serta pelbagai sikap.
Tapi kita perlulah bertoleransi dan saling menjaga satu sama lain. Jika bertemu dengan jiran, apa salahnya kita menegur mereka atau melayan kerenah anak-anak mereka sekejap seperti yang telah dilakukan oleh jiran wanita ini.
Terbaharu, seorang wanita eynabihah telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat comel anaknya sewaktu berinteraksi dengan jiran sebelah rumah.
Menemui anaknya di luar rumah, wanita itu melihatnya memegang satu plastik yang diisi dengan sebekas kek. Bila ditanya, anaknya menjawab bahawa uncle sebelah rumah yang memberikan padanya.
Selepas disoal, anaknya terus ke luar rumah untuk menjenguk jiran sebelah rumah.
Melihat budak itu seperti mencarinya, jirannya terus ke luar rumah dan menghampirinya untuk menghilirkan satu lolipop.
Teruja dengan pemberian tersebut, anaknya terus berlari ke dalam rumah setelah mengucapkan terima kasih dengan suara yang halus.
@eynabihah Replying to @💜>Qù3èÑ öF mY 3dVàRt✨1827<💜 xiexie uncle bg kek n coklat pop😁😁umar dgn beg kak dia nk p mana umarrrr🤣
@eynabihah Replying to @💜>Qù3èÑ öF mY 3dVàRt✨1827<💜 ♬ Funny Song – Cavendish Music
Di ruangan komen pula, gelagat anak wanita itu membuat orang ramai berasa geli hati. Tambahan, sikap jirannya yang mesra dan sedia melayan kerenah budak itu turut mendapat pujian orang ramai.
“Umar comelnya. Baiknya jiran kak, seronok kalau ada jiran macam ni.”, komen edvartanish1827.
Memang senang hati kalau ada jiran mesra seperti ini, kan? Tenang sahaja layan kerenah budak-budak tanpa bermasam muka. Untung sangat, tiap hari bagi macam-macam makanan pada anak jiran.
Kredit: eynabihah
Baca Juga: “Aku Nak Jadi Menantu Dia..” – Pak Cik Ini Kesian Lihat Tuan Majlis Penat Layan Tetamu, Akhirnya..