Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Kapitan, Memang Sedap & Lain Dari Yang Lain

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Kapitan, Memang Sedap & Lain Dari Yang Lain

Kategori: ,
kari ayam kapitan

Bagi penggemar masakan Nyonya, kari ayam kapitan ini bukanlah hidangan yang asing. Malah, ia telah dipopularkan oleh chef termuka negara, Chef Wan.

Meskipun begitu, masih ramai yang belum sempat lagi untuk mencuba hidangan itu. Nampak seperti biasa dan seakan rendang tapi percayalah, rasanya sungguh hebat!

Jika anda berminat untuk mencubanya, di sini kami ingin berkongsi resepi kari ayam kapitan oleh Norzunur’Ain Mohamed Moklas di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Kapitan, Memang Sedap & Lain Dari Yang Lain

Bahan-bahan

  • 1kg ayam
  • 3 helai daun limau purut
  • Kentang (potong empat)
  • 1/2 kotak kecil santan kara – beli yang seperti ini untuk lebih jimat
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar pes cili kering (boleh digantikan dengan serbuk cili)
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Pes asam jawa
  • Air (agak-agak sahaja)

Bahan kisar

  • 1 labu bawang besar (saiz besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara-caranya

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak. kari ayam kapitan
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis lagi sampai serbuk kari betul-betul masak dan naik minyak. kari ayam kapitan
  3. Masukkan ayam, kentang dan daun limau purut. Kacau dan masukkan air.
  4. Masak sampai ayam kecut dan hingga air kering (suka hati nak kering banyak mana, nak tekstur macam rendang tu pun boleh).
  5. Tambahkan santan dan kacau sedikit. kari ayam kapitan
  6. Kemudian, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa. Seimbangkan rasa. Kari kapitan ini kena masam dan manis sedikit, baru sedap.
  7. Sedia untuk dinikmati. kari ayam kapitan

Bagaimana rupa kari ayam kapitan ini? Mesti ramai yang dah tak sabar untuk cubanya. Kari ayam ini istimewa sikit, anda perlu cuba untuk ketahui perbezaannya. Hidangan ini enak dinikmati bersama nasi putih atau dicicah dengan roti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Norzunur’Ain Mohamed Moklas

Baca Juga: Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!

tags: | | | |