Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Acar Timun Ala Korea. Buat Ratah Pun Boleh, Memang Sedap!

Resipi Acar Timun Ala Korea. Buat Ratah Pun Boleh, Memang Sedap!

Kategori: ,
acar-timun-ala-korea

Acar timun sudah menjadi hidangan sampingan yang mudah didapati. Selalunya disediakan semasa kenduri kahwin atau dihidang bersama nasi minyak, ia memberi tekstur ranggup dan rasa yang masam serta segar.

Kalau nak tahu, masyarakat Korea juga turut mempunyai resepi acar timun tersendiri. Di sini kami ingin berkongsi resepi acar timun ala Korea yang telah diolah oleh Hasbullah Ahmad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja!

Resepi Acar Timun Ala Korea. Buat Ratah Pun Boleh, Memang Sedap!

Bahan-bahan

  • 2 biji timun (dihiris) acar-timun-ala-korea
  • 2 sudu besar bawang besar (dicincang) acar-timun-ala-korea
  • 2 ulas bawang putih (dicincang atau disagat halus)
  • 1 hingga 2 sudu besar pes gochujang acar-timun-ala-korea
  • 2 sudu besar chili flakes
  • 2 sudu besar bijan (disangai) acar-timun-ala-korea
  • 1 sudu kecil minyak bijan acar-timun-ala-korea
  • 1 sudu besar sos ikan acar-timun-ala-korea
  • 1 1/2 sudu besar cuka acar-timun-ala-korea
  • 1 hingga 2 sudu besar gula pasir acar-timun-ala-korea

Cara-caranya

  1. Bersihkan timun dan taburkan garam. Biarkan selama 30 minit.
  2. Bilas timun hingga bersih dan keringkan dengan tisu serap minyak.
  3. Dalam mangkuk atau bekas, campurkan semua bahan hingga sebati.
  4. Letakkan timun dan gaul hingga sebati.
  5. Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
  6. Keluarkan dari peti dan sedia untuk dimakan. acar-timun-ala-korea

Acar timun ala Korea ini mempunyai rasa yang sedikit pedas dari pes gochujang yang digunakan, jadi sesuai untuk anda yang gemari makanan pedas. Selain dimakan bersama nasi, ia juga boleh diratah dengan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit resepi asal: Chef Chris Cho

Kredit gambar: Hasbullah Ahmad

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Vegan Korean Wrap Yang Mudah, Sesuai Sebagai Bekalan Ketika Travel.

tags: | | |