Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Selagi Tak Berkulat, Selagi Tu La Ko Hadap!” – Akibat Lapar, Gadis Ini Terus Makan Tanpa Periksa

“Selagi Tak Berkulat, Selagi Tu La Ko Hadap!” – Akibat Lapar, Gadis Ini Terus Makan Tanpa Periksa

Kategori:
makan tanpa periksa

Setiap makanan dan minuman yang dibeli di kedai mempunyai tarikh luput. Sebagai pengguna, kita perlu tahu dan peka bila tarikh luput setiap produk yang dibeli bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan jika diambil.

Namun adakalanya kita akan leka atau lupa untuk memeriksa makanan yang diambil. Bila tersedar, menyesal sudah tiada gunanya.

“Selagi Tak Berkulat, Selagi Tu La Ko Hadap!” – Akibat Lapar, Gadis Ini Terus Makan Tanpa Periksa

Hari sudah malam dan malas untuk keluar dari rumah untuk membeli, ifhdmia lebih suka untuk ke dapur dan mengambil roti yang ada dan disapu dengan sos untuk dimakan.

Niatnya untuk mengisi perutnya yang kosong tapi bila sedang sedap makan, dia ternampak label tarikh luput yang ada pada roti. makan tanpa periksa

Terkejut, dia tak sangka pula bahawa roti itu telah rosak memandangkan tarikh luputnya jatuh pada 18 Oktober 2022 lalu.

Walaupun sudah beberapa hari yang berlalu, roti tersebut masih kelihatan elok dan tiada kulat. Sebab itu dia pula tak sangka bahawa ia sudah melepasi tarikh luput. makan tanpa periksa

Sudah termakan roti yang rosak, gadis itu hanya mampu redha dengan kejadian tersebut dan berharap agar perkara itu tidak menjejaskan kesihatannya.

@ifhdmia_Goodluck untuk hari esok 🥲

♬ original sound – Ifhdmia

Di ruangan komen kisah itu yang dikongsikan di laman TikTok, orang ramai tak pelik dengan tindakan gadis itu. Malah, ramai juga yang tetap makan dan menghabiskan roti mereka meskipun sudah melepasi tarikh luputnya.

“Bagi saya selagi tak berkulat, saya makan je. Janji sebelum makan periksa roti tu okey ke tidak.”, jelas seorang pengguna.

Roti Dah Expired Tapi Ramai Juga Tetap Makan makan tanpa periksa

Memang ramai diantara kita yang tetap makan roti yang sudah melepasi tarikh luputnya. Tapi jangan selalu diamalkan kerana perkara itu mungkin akan mengundang padah pada masa akan datang. Paling penting sebelum makan perlu periksa dahulu tarikh luputnya.

Kredit: ifhdmia

Baca Juga: Pergi Makan Kedai Viral Pesan Lauk Kailan Goreng, Wanita Ini Kecewa Bila Yang Dapat Lain Pula

tags: | |