Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kek Biscoff Cheese, Rasa Manis & Sedap Lemak Berkrim, Sesuai Bagi Penggemar Manisan

Resipi Kek Biscoff Cheese, Rasa Manis & Sedap Lemak Berkrim, Sesuai Bagi Penggemar Manisan

Kategori: ,
Kek Biscoff Cheese

Kebelakangan ini, ramai sangat diantara kita yang begitu menggemari perisa Lotus Biscoff. Pergi mana-mana, tentu minta, rasa manisnya boleh buat sesiapa ketagih.

Selain diletakkan pada aiskrim, anda juga boleh menggunakannya dalam manisan lain seperti kek. Di sini, kami ingin berkongsi resepi kek biscoff cheese ini yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resipi Kek Biscoff Cheese, Rasa Manis & Sedap Lemak Berkrim, Sesuai Bagi Penggemar Manisan

Bahan-Bahan

  • 1 paket biskut lotus biscoff
  • 1 botol spread lotus biscoff – dapatkan di sini
  • 1 cawan teh air

Bahan Kisar

  • 500 gram cream cheese
  • 1 kotak kecil cooking atau whipping cream
  • 3 biji telur ayam gred B
  • 3 sudu besar penuh gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya

  1. Kisar semua bahan kisar di dalam pengisar hingga sebati dan gebu. Kek Biscoff Cheese
  2. Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kek Biscoff Cheese
  3. Dengan menggunakan instant pot, masukkan satu cawan teh air. Masukkan adunan kek dan set masa memasak selama 28 minit menggunakan menu pressure (kalau masak menggunakan oven, guna teknik water bath atau boleh juga kukus). Kek Biscoff Cheese
  4. Setelah kek masak, bolehlah tuangkan biscoff spread yang telah dicairkan dan tabur biskut biscoff. Kek Biscoff Cheese
  5. Sejukkan selama satu jam atau lebih di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  6. Siap untuk dinikmati. Kek Biscoff Cheese Kek Biscoff Cheese Kek Biscoff Cheese

Wah, mewahnya nampak kek biscoff cheese ini! Peminat manisan wajib mencubanya sekarang, memang puas hati dan kenyang, rasa pun sangat gebu dan lembut.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Aisyah Humaira

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Marble Minyak Yang Dijual Hingga Laku Keras, Rupanya Ini Rahsianya!

tags: | |