Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sambal Cili Api Bunga Kantan, Lauk Paling Jimat Tapi Tetap Sedap Bila Makan

Cara Buat Sambal Cili Api Bunga Kantan, Lauk Paling Jimat Tapi Tetap Sedap Bila Makan

Kategori: ,
sambal cili api bunga kantan

Bunga kantan selalu digunakan dalam pelbagai masakan Melayu, terutamanya dalam hidangan laksa dan asam pedas. Ia memberikan aroma dan rasa pada masakan.

Kalau nak tahu, bunga kantan juga enak digoreng dan dijadikan sambal yang boleh digaul bersama sepinggan nasi putih. Di sini kami berkongsi resepi sambal cili api bunga kantan oleh Aiza Hamdan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Sambal Cili Api Bunga Kantan, Lauk Paling Jimat Tapi Tetap Sedap Bila Makan

Bahan-bahan

  • Ikan bilis (dibersihkanb)
  • Bunga kantan (dihiris) sambal cili api bunga kantan
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa – guna jenama ini 
  • Minyak masak

Bahan kisar

  • Cili api
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi hingga masak dan pecah minyak. sambal cili api bunga kantan
  3. Kemudian, letakkan bunga kantan dan goreng sehingga layu.
  4. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Gaul sehingga rata. sambal cili api bunga kantan
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.  sambal cili api bunga kantan sambal cili api bunga kantan

Penggemar sambal boleh lah cuba resepi ini. Walaupun nampak ringkas sahaja tapi ia begitu sedap. Makan begitu sahaja pun tentu puas hati, kalau anda mahu lauk yang ringkas, cuba hidangan ini tau.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan hidangan ini pada semua.

Kredit: Aiza Hamdan

Baca Juga: Tak Perlu Pergi Seberang, Ini Resepi Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Senang Tapi Sedap!

tags: | | |