Masakan Indonesia sudah lama menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Jangan kata hanya ayam penyet dan bakso, terdapat banyak hidangan menarik yang anda boleh cuba.
Antaranya tak lain tak bukan Gado-Gado atau turut dikenali sebagai sayur pecal. Mudah dan ringkas, apa yang menjadikan salad ini unik adalah kuah kacang yang dihidangkan bersama.
Nak tahu cara untuk membuatnya? Di sini kami berkongsi resepi gado-gado ori dari Indonesia oleh Zuraihanor Elies. Mudah dan ringkas, yang penting sedap!
Wanita Ini Kongsi Resepi Gado-Gado Ori Dari Indonesia, Senang Saja Nak Buat
Bahan A
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili kering
- 1 inci belacan
Bahan B
- 2 cawan kacang tanah (digoreng dengan minyak, dibuang kulit dan ditumbuk halus atau dikisar) – dapatkan di sini
Bahan C
- 1 cawan air asam jawa
- 4 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu kecil garam
Bahan D
- 1 biji jantung pisang (direbus dan potong nipis)
- Nangka (direbus dan potong nipis)
- Kangkung
- Kacang panjang
- Taugeh
- 4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
Cara-caranya
- Goreng bahan-bahan A dengan menggunakan minyak hingga layu dan toskan.
- Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam kacang tanah yang telah dikisar tadi, tambahkan air asam jawa. Perisakan dengan gula dan garam mengikut kesesuaian masing-masing. Gaul sampai sebati.
- Tambahkan semua sayuran yang telah dicelur dan dipotong ke dalam kuah kacang tadi.
- Gaul sebati semua bahan-bahan. Akhir sekali, masukkan tauhu yang dah digoreng. Gaul sekali lagi.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nampak sangat mudah sahaja untuk menyediakan gado-gado ori dari Indonesia ini, kan? Bagi penggemar salad dan kacang tanah, anda wajib mencubanya!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Zuraihanor Elies
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!