Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi Supaya Nasi Tahan Lebih Lama & Tak Cepat Basi

Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi Supaya Nasi Tahan Lebih Lama & Tak Cepat Basi

Kategori: ,
Cara Betul Cuci Periuk Nasi

Nasi menjadi makanan ruji buat kita semua. Pergi sahaja ke mana-mana tempat di negara ini, setiap keluarga akan mengambilnya sebagai makanan harian.

Oleh itu bila ke dapur, tentu akan ada lebihan nasi yang telah dimasak. Namun baru sahaja masak semalaman memasaknya menggunakan periuk nasi, tentu kita akan rasa kecewa apabila melihatnya sudah basi. Terpaksa lah dibuang dan membazir.

Perkara itu sangat mengecewakan dan untuk pengetahuan semua, ada satu sebab utama mengapa nasi akan cepat basi dan malangnya, masih ramai yang melakukan kesilapan tersebut. Nak tahu? Ikuti perkongsian ini secara lebih lanjut.

Ini Cara Betul Cuci Periuk Nasi Supaya Nasi Tahan Lebih Lama & Tak Cepat Basi

Info ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, julyanapakarpes. Menurutnya, punca nasi cepat basi walaupun baru sahaja dimasak semalaman adalah kebersihan dan keadaan periuk nasi yang digunakan.

Ramai di antara kita yang mempunyai periuk nasi tapi tidak tahu cara untuk membersihkannya. Kuman dan bakteria yang ditinggalkan dari sisa nasi basi juga akan menyebabkan perkara itu berulang. Cara Betul Cuci Periuk Nasi

Oleh itu, ramai diantara kita yang perlu tahu cara betul untuk membersihkan periuk nasi yang digunakan bagi mengelakkan nasi cepat basi. Ini caranya.

Cara Cuci Periuk Nasi Dengan Betul

  1. Keluarkan baki nasi yang basi dalam periuk dan cuci bersih menggunakan air dan sabun pencuci pinggan. Pastikan tiada kerak atau sisa nasi yang tertinggal. Cara Betul Cuci Periuk Nasi Cara Betul Cuci Periuk Nasi
  2. Seperti biasa, bilas sisa sabun dengan air yang bersih. Cara Betul Cuci Periuk Nasi
  3. Rendam periuk dan senduk nasi yang digunakan dengan air sabun selama semalaman sebelum digunakan semula (perlu dilakukan). Cara Betul Cuci Periuk Nasi
  4. Sambil itu, bersihkan lebihan wap air pada periuk menggunakan kain yang bersih, Cuci mana-mana bahagian yang boleh dicabut dengan elok. Cara Betul Cuci Periuk Nasi
  5. Bilas periuk yang telah direndam dengan air sabun menggunakan air bersih dan sedia untuk digunakan bagi memasak nasi. Cara Betul Cuci Periuk Nasi

Untuk penjelasan lebih lanjut, tonton video di bawah.

@julyanapakarpes Korang tahu tak, punca kenapa nasi yang dimasak cepat basi? Jom tengok VTT ini sampai habis. #tipsmasakan #tipsmasakanviral #tipsmakanan101 #tipsdidapur #tipsdapur #tipsmasaknasi #tipsnasi #tiktokfood #tiktokfoodie #CapCut ♬ original sound – Julyana | Masak & Makan – Julyana | Pakar Pes Masakan

Sebenarnya ramai yang tidak begitu menitikberatkan aspek peralatan yang digunakan ketika memasak nasi tapi sekarang baru kita tahu bahawa ia rupanya menjadi punca utama nasi cepat basi.

Bila dah tahu, pastikan anda amalkan cara ini tau. Mudahan nasi yang dimasak akan kekal lebih lama dan masih sesuai dimakan.

Kredit: julyanapakarpes

Baca Juga: Nasi Cepat Basi Tak Sampai 24 Jam? Amalkan Petua Ini Dijamin Tahan Lebih Lama

 

tags: | | |