Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Selamba Hirup Sos Tomato Depan Kawan-Kawan, Satu Meja Pelik Tengok Perangai Lelaki Ini

Selamba Hirup Sos Tomato Depan Kawan-Kawan, Satu Meja Pelik Tengok Perangai Lelaki Ini

Kategori:
Hirup Sos Tomato

Sos tomato menjadi antara jenis sos yang paling terkenal dan sedap untuk dicicah dengan pelbagai makanan goreng. Di restoran makanan segera, ia selalu disediakan untuk pelanggan untuk diambil.

Mempunyai rasa yang masam, tak semua juga suka dengan sos itu. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan begitu sahaja, ada yang kembang tekak tapi percaya atau tidak ada di antara kita yang pelik sikit dan selamba sahaja boleh telan sos yang masam itu?

Selamba Hirup Sos Tomato Depan Kawan-Kawan, Satu Meja Pelik Tengok Perangai Lelaki Ini

Terbaharu, satu akaun di TikTok, 01.27pm telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat aneh kawannya.

Keluar makan bersama kawan-kawannya di restoran Pizza Hut, mereka turut luangkan sedikit masa untuk berbual. Sambil makan, kawan lelakinya telah mengambil sebotol sos tomato. Hirup Sos Tomato

Ingat untuk dicicah dengan pizza, tapi satu meja makan terkejut apabila melihatnya mengambil satu sudu makan sos tomato itu untuk dimakan dengan begitu sahaja. Hirup Sos Tomato

Tak tahan dengan rasa yang masam, mereka hanya mampu menggelengkan kepala bila melihat kawan lelaki mereka seronok menikmati sos tersebut.

https://www.tiktok.com/@01.27pm/video/7166194326232517915?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@01.27pm so masham 😵‍💫 omg siapa je makan sos tomato je?!?! #sostomatoforlife #sostomato #untouchable #unbothered ♬ Untouchable Kpop I am the original – mieom_ee

Menjengah di ruangan komen, reaksi penonton bercampur bila melihat lelaki itu makan sos tomato dengan begitu sahaja. Ada yang sependapat dengannya dan suka makan sos tomato, manakala ada juga yang tak begitu gemar dan mungkin memberi reaksi yang sama seperti kawan-kawannya.

Ramai Belah Bagi, Ada Yang Suka Makan Sos Itu Dengan Begitu, Ada Pula Yang Sebaliknya Hirup Sos Tomato

Sos tomato ini sedap kalau buat cicah kentang goreng ke apa tapi kalau makan dengan begitu sahaja, rasa masamnya memang melampau. Memang hebat lah anda yang boleh hirup sos tomato dengan begitu sahaja.

Kredit: 01.27pm

Baca Juga: Penat Buat Kek Untuk Bekal Sekolah, Gadis Ini Sebak Bila Lihat Hanya Tinggal Separuh Gara-Gara..

 

tags: | |