Dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba, kita tidak pernah tahu nasib seseorang bagaimana. Ada kalanya, pada awal permulaan ia kelihatan susah berbanding orang sekelilingnya. Tetapi, di penghujung waktu, mungkin hal itu akan berubah kerana semangat dan iltizam yang penuh di dada.
Seperti perkongsian video oleh seorang lelaki di laman TikTok, dia berkongsi kisah bagaimana dia terjumpa dengan seorang budak lelaki yang tekun menjual pisang di satu kaki lima. Melihat kepada budak lelaki berkenaan, dia memerhati gerak geri dan tingkah laku budak tersebut dan jiwanya mula tersentuh.
“Tengah buat rondaan ada satu momen yang mencuit hati kami. Budak kecil dengan jualan pisangnya di kaki lima. Lama diperhatikan memang tak banyak yang singgah membeli pisang yang dijual.
“Kasihan juga tapi yang bagusnya dia punya sikap dan tingkah laku yang sopan. Tidak memaksa orang membeli jualannya dan dia pandai hiburkan diri sendiri untuk hilangkan kebosanan,” ceritanya dalam video bantu budak kecil jual pisang di kaki lima itu.
Tambahnya lagi, dia dimaklumkan bahawa budak lelaki itu mengambil upah sahaja, bukan menjual atas jualannya sendiri. Budak lelaki berkenaan mendapat upah RM30 sekali jualan.
“Kalau tak habis macam mana?”, soal lelaki itu.
Lalu, budak itu menjawab, “ada juga bang yang beli. Hehehe”, balas budak lelaki berkenaan.
“Ya la, budak baik macam kamu mesti ramai yang mahu beli,” ujar lelaki itu lagi.
Selepas itu, dia menghulurkan sedikit bantuan berupa keperluan barang dapur seperti minyak masak, mi segera dan juga keperluan bakul makanan yang lain.
“Dia tak sekolah. Okay abang faham, juga tapi tidak apa dik janji kamu jadi budak baik. Semangat terus dik, kamu telah menginspirasikan orang di luar sana” luahnya lagi dalam kisah bantu budak kecil jual pisang di kaki lima berkenaan.
@saharuddinamirullah Besar nanti dia akan menjadi harapan buat keluarganya. Semangat terus dik, kamu sudah menginspirasikan orang di luar sana. #kehidupan #jomjadiorangbaik #rasapeduli #tivitbae #hidupmemberimakna
@saharuddinamirullah Besar nanti dia akan menjadi harapan buat keluarganya. Semangat terus dik, kamu sudah menginspirasikan orang di luar sana. #kehidupan #jomjadiorangbaik #rasapeduli #tivitbae #hidupmemberimakna ♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terharu melihat peribadi budak kecil berkenaan. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan kebaikan lelaki yang menolong budak tersebut.
“Alhamdulillah terima kasih orang baik berkongsi rezekii. Semoga Tuhan lancarkan rezeki tuan dan adik ini juga, amin,” komen netizen terhadap kisah bantuk budak kecil juang pisang di kaki lima berkenaan.
“Adik ni pasti berjaya suatu hari nanti,” ujar netizen lain dengan nama Ryusaniey79.
“Aaa, umur macam ni dia sepatutnnya tengah main dengan kawan-kawan. Semoga urusanmu dipermudahkan dik,”” tulis netizen juga.
Di saat orang lain sedang ke sekolah untuk belajar, min harapkan adik ini dibantu oleh pihak berwajib. Semoga anak-anak di luar sana mendapat hak sebagai manusia seperti orang ramai. Terus bertahan dik, pasti ada sinar di hadapan.
Sumber: Saharuddinamirullah