Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea

Indonesian Cuisine: Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea

Kategori: ,
Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea

Hai semua, hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua Resepi Ais kepal Chocolatos Green Tea. Resepi ini sangat sesuai disajikan waktu minum petang atay tengahari. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas sekarang. Kalau yang beli belum tentu dapat memenuhi citarasa anda kan?

Bahan-bahan untuk membuat sangat ringkas dan senang diperolehi. Anda patut mencubanya kerana resei ini pasti memikat hati anak-anak semua. Topping nya juga mengikut selera anda semua.

Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea

 

Resepi Ais Kepal Chocolatos Green Tea

Bahan – bahannya :

  • Es(ais) batu
  • 2 sachet chocolatos green tea
  • SKM putih secukupnya

Topping :

  • Kacang sangrai
  • Meses ceres

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan chocolatos green tea kedalam cawan dan masukkan susu kental manis untuk melarutkan choclatos grean tea.
  2. Kacaukan supaya sebati.
  3. Kemudian masukkan es(ais) yang diketuk supaya kecil dahulu kedalam blender. Tambahkan sedikit air dan blend ais sehingga halus.
  4. Masukkan ais yang siap di blend ke dalam plastik untuk dikepal-kepal. Kemudian masukkan kedalam mangkuk dan siram dengan chocolatos green tea yang sudah siap dibancuh dengan susu kental.
  5. Topping nya, letakkan kacang tanah yang ditumbuk kasar atau mengikut selera masing-masing. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum Cuba Belum Tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

https://www.youtube.com/watch?v=oC1LRX8Wp-w

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | |