Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Lunyai Dah..” – Buli Ikan Gara-Gara Rasa Geram, Gelagat Adik Ini Di Sebuah Pasaraya Buat Ramai Terhibur

“Lunyai Dah..” – Buli Ikan Gara-Gara Rasa Geram, Gelagat Adik Ini Di Sebuah Pasaraya Buat Ramai Terhibur

Kategori:
Buli Ikan

Pasaraya menjadi tempat tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Sering sibuk dengan pelanggan, pelbagai watak dan perangai kita akan melihat di situ.

Macam-macam perangai yang ada, kita juga akan berasa geli hati apabila melihat kerenah orang ramai bila berada di tempat awam.

“Lunyai Dah..” – Buli Ikan Gara-Gara Rasa Geram, Gelagat Adik Ini Di Sebuah Pasaraya Buat Ramai Terhibur

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, maybearep yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi peristiwa lucu yang telah disaksikannya.

Mengunjungi sebuah pasaraya besar untuk mencari barangan dapur, lelaki itu beratur bagi melakukan pembayaran setelah memilih barangan yang diperlukan.

Ketika sedang menunggu gilirannya, gelagat seorang kanak-kanak lelaki mula mencuri perhatiannya. Buli Ikan

Memerhatikan dari jauh, lelaki itu terhibur apabila melihat kanak-kanak itu sibuk ‘membuli’ ikan segar yang telah dibungkus oleh penjaganya.Β  Buli Ikan

Barangkali ingin bermain atau geram, kanak-kanak itu menghentak ikan yang masih hidup itu pada troli kemudian ditumbuknya. Terhibur dengan perangainya, dia hanya mampu tergelak melihatnya.

https://www.tiktok.com/@maybearep/video/7168808218783698203

@maybearep semangat anak muda #fyp #masukberanda ♬ original sound – π–žπ–†π–“π–Œ π–™π–Šπ–—π–‰π–†π–‘π–†π–’ – Renaldy aldy

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut terhibur dengan gelagat budak itu. Ada juga yang tiba-tiba mengimbau kenangan manis semasa kecil, bebas dari segala masalah.

“Kehidupan ini tak seindah dulu masa kecil, rindu nak jadi budak baik.”, luah seorang pengguna.

Melihat kanak-kanak itu, ramai rindu zaman kecil yang lebih senang berbanding sekarang Buli Ikan

Seronoknya melihat kanak-kanak itu melayan ikan segar itu. Ketika kecil ini memang seronok bermain sehingga tak perlu menghiraukan dunia di sekelilingnya.

Tapi jangan dijadikan sikap membuli ini satu tabiat pula adik. Kesian pada ikan itu!

Kredit: maybearep

Baca Juga: Pelanggan Mula Kurang Lepas Naikkan 50sen Untuk Setiap Menu, Peniaga Kecil Ini Luah Rasa Sedih

 

 

tags: | | |