Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Goreng Kerabu, Penuh Aroma Wangi Boleh Buat Sesiapa Pun Terliur Untuk Cuba

Resepi Nasi Goreng Kerabu, Penuh Aroma Wangi Boleh Buat Sesiapa Pun Terliur Untuk Cuba

Kategori: ,
nasi goreng kerabu

Nasi goreng kerabu tidak asing lagi bagi penggemar masakan panas. Terkenal di restoran Thai, ia merupakan nasi yang digoreng bersama ulam-ulaman bagi memberi rasa dan aroma yang menyedapkan.

Terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba, tapi di sini kami ingin berkongsi yang paling mudah dan sedap yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Nasi Goreng Kerabu, Penuh Aroma Wangi Boleh Buat Sesiapa Pun Terliur Untuk Cuba

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi
  • Udang
  • 2 sudu ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 batang cili hijau (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • Petai
  • 2 batang kacang panjang (dipotong)
  • 2 hingga 3 biji telur ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 hingga 3 sudu besar sos ikan nasi goreng kerabu

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis bilis hingga garing. nasi goreng kerabu
  2. Kemudian, pecahkan telur ayam dan masak sehingga masak. Angkat dan ketepikan semua. nasi goreng kerabu
  3. Minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili hijau. nasi goreng kerabu
  4. Tambahkan udang, serbuk lada putih dan goreng sehingga masak. nasi goreng kerabu nasi goreng kerabu
  5. Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. nasi goreng kerabu
  6. Letakkan perasa, garam, nasi , ikan bilis dan telur yang digoreng tadi. Gaul rata. nasi goreng kerabu nasi goreng kerabu
  7. Akhir sekali, letakkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap sebelum dihidangkan. nasi goreng kerabu nasi goreng kerabu

Nampak begitu menyelerakan hidangan ini, kan? Penggemar nasi goreng perlu cuba. Ulam-ulaman itu memberikan rasa yang begitu sedap!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Resepi Laksa Mi Pangkor Merecik! Confirm Hidangan Ini Jadi Penambat Hati Cik Abe

tags: | |