Hai semua.. Buat apa hari ni? Teringin nak makan aiskrim goreng hasil buatan tangan anda sendiri. Jangan bimbang, saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat aiskrim goreng yang paling power dan sangat simple. Confirm anda tidak akan rugi untuk membaca cara-cara hendak membuat aiskrim goreng ini kerana ianya memberi anda panduan yang sangat bernas.
Bahan-bahan
- Aiskrim (perasa ikut citarasa masing-masing),
- Beberapa keping roti,
- Penekap berbentuk bulat
Cara-cara
- Ambil roti dan gunakan rolling pin untuk nipiskan setiap keping roti. Biar betul-betul nipis tau sebab kita nak dapat kulit luar yang rangup. Jika roti tak dinipiskan, nanti apabila digoreng akan jadi soggy sebab serap minyak.
- Setelah itu, ambil beberapa sudu/scoop aiskrim dan letakkan di bahagian tengah roti. kemudian, kalau anda nak tabur kacang ke, letak jem atau sos coklat pun boleh.
- Ambil sekeping lagi roti dan tindan di atas aiskrim tadi. Tekan-tekan di bahagian tepi roti dan guna egg ring untuk dapatkan bentuk bulat.
- Untuk pastikan yang aiskrim tidak meleleh keluar semasa kita menggoreng, anda mesti kelim bahagian tepi roti menggunakan garpu.
- Setelah siap, masukkan roti aiskrim ke dalam freezer. Biarkan selama sekurang-kurangnya 2 jam jika anda ingin aiskrim di dalamnya betul-betul beku.
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan pastikan minyaknya cukup untuk kita deep fry roti aiskrim kita.
- Keluarkan roti aiskrim dari freezer tetapi anda tidak perlu biarkan pada suhu bilik atau nak defrost. Jika minyak dah betul-betul panas, masukkan roti aiskrim dan goreng selama lebih kurang 9 – 12 saat.
- Angkat, tuskan atas kertas tisu dapur. Hidangkan dengan segera, conform nikmat sampai menjilat jari perghhh.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk anda semua yee!!