Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Donut Big Apple Memang Sedap Bebb.

Donut Big Apple Memang Sedap Bebb.

Kategori: ,

Hai semua.. Dah lama mencari resepi donut big apple gituw?  Tapi biasalah, dalam kepala otak ni mesti fikir malas nak uli semua kan? Tapi jangan bimbang, harini saya nak kongsikan resepinya yang paling padu dan senang sahaja.

Selepas ini, anda tak perlu mengeluh lagi untuk mengeluarkan duit poket dengan memenuhi keinginan anak-anak dan keluarga, Cuma guna resepi yang saya kongsikan dibawah ini.

Biasalah donatkan memanglah menjadi kegemaran ramai, tambah-tambah lagi kalau ada topping bagai. Fuh memang power la tu! Tidak kisah dari golongan muda atau yang sudah berusia, semuanya sukakan donat.

Jom baca resepi donut big apple ini.. Gerenti sedap dan padu!

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 paket mauripan,
  • Secubit garam,
  • 1/2 kg tepung gandum/high protein/superfine,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu besar ovallate,
  • 2 sudu besar susu tepung,
  • 1/2 sudu kecil baking powder,

 

Cara-cara :

  1. Untuk membuat doh, mula-mula anda mesti campurkan air suam, gula, susu pekat, mauripan dan secubit garam.
  2. Anda juga bharus mengacau doh itu dengan sebati dan diperap selama 10 minit sehingga berbuih.
  3. Dalam bekas lain, anda bolehsebatikan tepung gandum dengan butter, ovallate, susu tepung dan baking powder.
  4. Kemudian, anda juga mesti campurkan bahan air tadi ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh. Uli sekejap saja yang penting bahan sebati.
  5. Lalu tutup dengan kain basah sehingga 30 minit. Tutup sehingga doh naik dan banyakkan tepung di tangan supaya adunan tidak melekat. Adunan memang agak lembik.
  6. Selepas sudah kembang, tumbuk doh yang gemuk kembang tadi untuk buang angin. Uli sebentar supaya jadi seperti doh asal tadi. Jadi, mula tekap dengan acuan. Anda juga boleh menggunakan cawan kopi sahaja untuk lubang tengah pakai nozzel. Apa sahaja janji ianya berlubang. Celup dahulu acuan dengan tepung setiap kali tekap supaya tidak melekat.
  7. Selepas tekap, biarkan donat dalam setengah jam sebelum menggoreng. anda tidak perlu tunggu pun kerana semasa kita tekap, donat yang mula-mula tersebut naik kembang balik.
  8. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api kecil tapi betul-betul panas. Jangan alih selalu supaya tidak serap banyak minyak. Setelah agak-agak kekuningan keemasan bolehlah diangkat.

Itu sahajalah resepi donut alaa big apple gitu. Semoga bermanfaat okay? Selamat mencuba.

tags: | | | |