Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut Tart Cardbury Yummyy Untuk Peminta Coklat

Biskut Tart Cardbury Yummyy Untuk Peminta Coklat

Kategori: ,

Hai semua.. Menjelang musim perayaan aidil fitri baru-baru ini telah viral tentang biskut tart Cadbury. Sebenarnya  resepi biskut tart cadbury ini diambil resepi yang sama dengan tart nenas, Cuma membezakan hanyalah Cadbury. Anda teringin nak makan? Jangan bimbang okay!

Harini saya nak kongsikan resepi untuk membuat biskut tart Cadbury yang paling nikmat rasanya dan tiada tandingan. Resepinya sangatlah senang dan conform anda cuba sekali akan buat lagi.  Jadi tunggu apa lagi? Jom baca resepi biskut tart candbury yang saya kongsikan di bawah dengan sebaik mungkin tau !

Bahan-bahan

  • 250gram Butter – Jenama Anchor,
  • 2sudu besar Gula Icing,
  • 1 sudu besar Minyak Sapi,
  • 2 sudu besar Susu Tepung,
  • 1 bji Kuning Telur,
  • 3 sudu besar Tepung Jagung,
  • 2 sudu besar Tepung Kustard,
  • 1 sudu kecil  Esen Vanila,
  • 3 cawan Tepung Gandum,
  • Coklat Cadbury bar

 

Cara-cara

  1. Gunakan mixer , pukulkan butter, minyak sapi, esen vanila dan kuning sehingga menjadi sebati
  2. Ayakkan tepung dan masukkan susu tepung  sedikit demi sedikit sehingga menjadi seperti doh yang lembut dan mudah untuk ditekap dengan acuannya.
  3. Anda juga boleh membentukkan kulit tart ( terpulang pada individu macam mana bentuknya)
  4. Letakkan kepingan coklat cadbury ditengah atau diatas kulit tart tersebut dan kelihatan kemas.
  5. Sapukan sapuan kuning telur bersama setitik pewarna kuning.
  6. Sedia untuk dibakarkan ke dalam Ketuhar / Oven selama 20-25 minit, suhu dalam 160°c – bergantung pada kepanasan Oven masing-masing .

Itulah resepi biskut tart cadbury yang menjadi kegilaan orang ramai pada baru-baru ini kerana rasanya sangatlah sedap terutama kepada peminat cadbury, memamg perghhh la, nikmatnya sebab dia disaluti dengan biskut dan anda tidaklah berasa tersangat muok. Semoga bermanfaat ye! Selamat mencuba okay.

tags: | | |