Cheesecake antara pencuci mulut yang terkenal di kalangan penggemar manisan. Malah, terdapat pelbagai jenis yang boleh dicuba.
Antaranya adalah blueberry oreo layer cheesecake yang mempunyai rasa manis dan masam yang seimbang. Nak tahu cara menyediakan? Ini resepinya yang telah diolah oleh Muhammad Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Blueberry Oreo Layer Cheesecake, Enak Berkrim & Kegemaran Pencinta Kek!
Bahan blueberry puree
- 300 gram blueberry
- 95 gram gula kastor
Bahan base
- 60 gram salted butter
- 180 gram oreo (yang dah dihancurkan)
Bahan blueberry mousse (wajib ada pipping bag)
- 250 gram cream cheese
- 140 gram dairy whipping cream
- 150 gram blueberry puree
- 40 gram gula aising
Bahan oreo mousse(wajib ada pipping bag)
- 250 gram cream cheese
- 140 gram dairy whipping cream
- 100 gram oreo yang telah dikisar halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 40 gram gula aising
Cara menyediakan base kek
- Cairkan salted butter dan gaulkan bersama yang telah dihancurkan.
- Mampatkan dalam loyang bersaiz enam inci.
- Biarkan base set selama 30 minit, simpan dalam peti ais ruang chiller.
Cara menyediakan blueberry puree
- Di atas dapur dan dalam periuk, letakkan blueberry dan gula kastor. Guna api perlahan.
- Kacau blueberry sekejap sahaja dan lihat ia berbuih, lebih kurang lima minit.
- Kacau lagi selama satu minit sehingga pekat dan tutup api.
- Biarkan sejuk seketika dan tuangkan puree tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar halus.
- Dah kisar letak tepi dahulu, sambung ke lapisan seterusnya.
Cara menyediakan blueberry mousse
- Pukul cream cheese (pastikan cream cheese berada di suhu bilik) selama dua minit, kemudian letakkan 40 gram gula aising.
- Pukul lagi selama satu minit. Kemudian, letakkan 150 gram blueberry puree yang telah disediakan tadi.
- Pukul sehingga sebati tapi jangan terlalu lama, nanti jadi lembik.
- Dalam mangkuk yang asing, pukul 140 gram dairy whipping cream sehingga kental.
- Siap boleh kaup balik dengan adunan cream cheese tadi. Bila dah sebati boleh berhenti. Masukkan dalam pipping bag dan masukkan dalam chiller.
Cara menyediakan oreo mousse
- Pukul cream cheese selama dua minit.
- Kemudian, letakkan gula aising bersama esen vanilla.
- Sambung pukul sehingga sebati. Jangan terlebih.
- Pada mangkuk berasingan, pukul 140 gram dairy whipping cream sehingga kental.
- Dah siap boleh kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati.
- Letakkan dalam pipping bag dan letakkan dalam chiller.
Cara menyediakan kek
- Keluarkan base kek dari chiller.
- Layerkan oreo mousse dulu. Agak-agak separuh piping bag yang kita dah gunakan. Ratakan.
- Setkan 30 minit dalam chiller.
- Kemudian layer pula dengan blueberry mousse dan ratakan. Biarkan set dalam chiller selama 30 minit.
- Ulang proses ini sehingga semua mousse berjaya dihabiskan.
- Simpan lagi kek dalam chiller selama satu jam sebelum dinikmati.
Dah siap akhirnya kek ini. Nampak begitu sedap, satu potong memang tak cukup jadi buat banyak-banyak terus tau.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Muhammad Ali
Baca Juga: Cara Buat Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan, Nak Buat Ni Senang & Sekejap Saja. Kena Cuba!