Cuaca yang hujan lebat tanpa henti memaksa ramai di antara kita untuk berada di rumah. Puas, tentu semua sedang sibuk mencuba pelbagai resepi, kan?
Selain kek dan roti, biskut juga menjadi resepi pilihan ramai terkini. Kalau nak cuba sesuatu yang unik, di sini kami berkongsi resepi biskut pretzel homemade oleh Nora Zi di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Biskut Pretzel Homemade, Sangat Rangup!
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum (panaskan dalam kuali tanpa minyak, guna api kecil selama lapan minit)
- 1/2 cawan tepung kacang hijau (panaskan dalam kuali tanpa minyak, guna api kecil selama lapan minit)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil implex (boleh gantikan dengan tepung beras)
- 250 gram mentega
- 1/2 cawan gula perang atau gula halus
- 2 biji telur ayam (asing kuning dan putihnya)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu besar bijan hitam (tak ada pun tak mengapa)
Bahan hiasan
- Coklat (masak secukupnya, cairkan secara teknik double boil bersama 1 sudu coco butter atau mentega)
- Gula manik hiasan atau badam nips
Cara-caranya
- Ayak dahulu tepung gandum, tepung kacang, baking powder, implex. Ketepikan.
- Whisk mentega, gula dan esen vanilla sehingga sebati, jangan biarkan kembang sangat.
- Masukkan putih telur, kacau sebati dan masukkan kuning telur pula. Kacau lagi.
- Tambahkan bahan-bahan yang telah diayak tadi sikit demi sedikit hingga habis.
- Uli doh ini sehingga lembut sebati, bulat-bulatkan, besar sikit dari guli (9 gram).
- Gelek dengan tangan buat memanjang macam dalam gambar tapi kena buat perlahan-lahan. Kalau pecah, sambung dengan picit perlahan untuk padatkan kembali. Golek hingga memanjang atas papan landas.
- Bentukkan seperti bentuk pretzel seperti dalam gambar.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan sekejap dulu, gunakan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama 20 hingga 25 minit atau masak hingga kekuningan.
- Sejukkan biskut dulu baru sadurkan dengan coklat masakkan. Taburkan dengan gula manik atau badam nips.
- Siap untuk dinikmati atau disimpan.
Biskut ini kelihatan sangat menyelerakan! Gigit tentu sangat ranggup, boleh makan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Nora Zi
Baca Juga: Boleh Buat Niaga, Ini Cara Buat Popia Pisang Yang Viral. Makan Panas-Panas Tau!