Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Boleh Buat Niaga, Ini Cara Buat Popia Pisang Yang Viral. Makan Panas-Panas Tau!

Boleh Buat Niaga, Ini Cara Buat Popia Pisang Yang Viral. Makan Panas-Panas Tau!

Kategori: ,
Popia Pisang

Popia merupakan makanan sampingan yang sangat terkenal, terutamanya sebagai menu minum petang. Malah, ramai yang menjualnya.

Sebagai pencuci mulut, popia pisang juga laku keras. Mesti ramai yang berminat untuk membuatnya, kan? Di sini kami kongsi resepinya oleh Lela Lala yang ringkas, macam-macam topping yang boleh diletakkan.

Resepi Popia Pisang Viral

Bahan-bahan

  • Satu sisir pisang raja Popia Pisang
  • Kulit popia Popia Pisang
  • Minyak masak

Bahan topping

  • Nutella
  • Milo
  • Nestum
  • Cip coklat Popia Pisang

Cara-caranya

  1. Buangkan kulit pisang dan bersihkan (kalau suka dan nak elak minyak berbuih dan pisang meletup, boleh goreng pisang sekejap juga). Popia Pisang
  2. Potong pisang ramping seperti pada gambar. Popia Pisang
  3. Gulung pisang pada kulit popia dan kepit supaya tidak terkeluar. Popia Pisang
  4. Panaskan minyak masak mencukupi di dalam kuali dan goreng popia hingga keperangan. Popia Pisang
  5. Hias dengan topping pilihan anda dan nikmati semasa masih lagi panas. Popia Pisang Popia Pisang

Wah! Macam-macam boleh tambah, rasanya popia ini sama sedap kalau beli dari kedai, kan? Ternyata mudah sahaja nak buat popia pisang sendiri di rumah, kan? Rugi kalau tak cuba.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Lela Lala

Baca Juga: Resepi Blueberry Oreo Layer Cheesecake, Enak Berkrim & Kegemaran Pencinta Kek!

tags: | |