Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Pajeri Terung Pekat Likat, Dah Tak Perlu Lain Lain. Makan Ni Saja Pun Cukup Puas

Resipi Pajeri Terung Pekat Likat, Dah Tak Perlu Lain Lain. Makan Ni Saja Pun Cukup Puas

Kategori: ,
pajeri terung

Lauk pajeri memang menjadi kegemaran ramai, terutamanya golongan yang sudah berusia. Pedas, manis dan masam, ia selalunya menggunakan nenas.

Tapi untuk kelainan, apa kata kita cuba pula resepi pajeri terung ini yang telah dikongsikan oleh Nani Habib di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Ringkas sahaja, dan yang penting tentu sedap. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Pajeri Terung Pekat Likat, Dah Tak Perlu Lain Lain. Makan Ni Saja Pun Cukup Puas

Bahan-bahan

  • 2 batang terung (basuh dengan air garam, toskan)
  • 1 paket kecil udang kering – guna jenama ini
  • Rempah daging
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Santan suku kotak sahaja
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Daun kari
  • Air
  • Gula
  • Garam pajeri terung

Cara-caranya

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, halba campur dan daun kari sampai naik bau. Kemudian, masukkan udang kering. pajeri terung
  2. Dah naik bau, letakkan rempah daging dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu, letakkan terung dan air. pajeri terung
  4. Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa anda. Tambah santan dan biarkan mereneh sehingga terung lembut. pajeri terung
  5. Siap untuk dihidangkan. pajeri terung

Siap sudah hidangan ini, nampak begitu menyelerakan! Kalau gaul dengan nasi semasa ia masih lagi panas tentu sangat menyelerakan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nani Habib

Baca Juga: Resepi Tambah Nasi Berkali-Kali, Ikan Bilis Hancur Penyedap Makanan. Sedap Bila Tumis Pedas-Pedas!

tags: | | |