Roti merupakan antara makanan pilihan rakyat Malaysia. Selain nasi mereka juga amat menggemari roti. Ia diibaratkan sebagai makanan pilihan selain nasi. Dalam banyak-banyak roti, terdapat roti yang cukup dikenali ramai. Setiap masa, walaupun bukan dari keluaran syarikat tersebut, ada sahaja yang memanggilnya dengan panggilan yang hampir sama iaitu Roti Boy.
Roti Boy adalah sejenis roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum. Cukup menawan hati sesiapa sahaja yang melihat, ditambah pula dengan inti mentega bergula yang cukup luar biasa enaknya. Roti ini sentiasa dibeli setiap kali pergi ke Pasaraya atau mana-mana kedai yang menjualnya.
Namun pastinya ramai dalam kalangan kita memilih untuk membuatnya sendiri di rumah memandangkan lebih jimat dan memuaskan. Nak tahu tak teknik yang betul untuk menghasilkan Roti Boy supaya lembut dan berlemak. Lagi power dari yang dijual dekat kedai ya.
Jadi jom kita ikuti perkongsian daripada Ida Zaida ini. Hanya menggunakan cawan sahaja untuk menyukat bahan-bahan., rasanya tetap lembut dan sedap!
Bahan A:
Bahan B:
Mudah sahaja kan nak buat Roti Boy yang lembut dan berlemak ini? Jadi ikuti sahaja teknik mudah tersebut. Pasti puas hati punya. Jangan lupa kongsikan teknik buat Roti Boy yang mudah ini kepada kenalan korang.
Sekadar makluman, Roti Boy merupakan nama syarikat roti yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Memiliki lebih 100 cawangan termasuklah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Dikhabarkan juga bakal memasuki pasaran China.
Syarikat Roti Boy ini ditubuhkan pada April 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Nama Roti Boy diambil daripada perkataan “naughty boy” atau dalam bahasa Melayunya budak nakal. Pada mulanya, abang kepada pengasas syarikat ini hanya memanggil gelaran tersebut kepada anak saudaranya sebelum digunakan sebagai nama syarikat.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Ida Zaida via MAHN
Baca juga: Atikah Suhaimi Kongsi Resepi Diet Baru, ‘Singgang Mat Salleh’. Ramai Puji Sedap