Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..

Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..

Kategori: ,
tips masak pancake

Pancake atau penkek merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dan beberapa lagi bahan lain. Pancake ini juga turut dikenali sebagai lempeng namun tekstur pancake lebih gebu dan lembut. Malah bentuk dan cara makannya juga berbeza.

Walaubagaimanapun, Pancake dan Lempeng berbentuk leper dan biasanya akan dicicah dengan beberapa jenis makanan lain untuk menjadikannya lebih enak dan sedap. Kedua-dua makanan ini tidak jauh beza memandangkan kedua-duanya sangat mudah untuk dibuat. Malah  kedua-dua makanan ini juga menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama.

Selain dijumpai di restoran ataupun mana-mana kedai, Pancake juga boleh dibuat sendiri di rumah. Cara penyediaan Penkek ini amat mudah. Namun begitu, tidak semua pandai menyediakan Pancake yang enak dan menjadi. Apabila dimakan rasanya sangat lembut dan gebu.

Kebanyakan pembuatnya gagal menghasilkan tekstur yang gebu dan lembut walaupun tebal.  Nak tahu tips masak pancake supaya tebal namun rasanya sangat lembut, gebu dan sedap? Jom kita ikuti perkongsian tips dan resepi dari Khairul Abdullah di bawah ini. 

Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..

Tips untuk dapat pancake yang tebal dan gebu gebas sangat mudah sebenarnya. Pastikan bancuhan tepung tersebut pekat. Yer, mesti pekat likat. Itu tips dia.

Ni ha cara nak buat penkek tembam gebu gebas ala McD tu.

Resepi Pancake Gebu Gebas & Tebal 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan + 4 sudu besar tepung gandum.
  • 1 cawan susu segar.
  • 1 sudu besar baking powder. Bukan baking soda yer.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanilla jika sudi.
  • 2 sudu butter cair atau minyak masak pun boleh.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat.
  3. Siapppp. Mudah yakmat aihh.

Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati. Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak. Benda mudah gini kena cuba weh. Tapi kalau dah cuba buat tapi tak jadi tembam dan gebu gebas gitu, memang tangan hampa keras. Sekian.

Mudah sahaja kan tips nak hasilkan pancake yang gebu gebas dan tebal? Ingat, pastikan bancuhan tepung korang itu pekat. Bahan-bahan yang digunakan juga haruslah betul sukatannya. Barulah puas hati makan, gigi pun tak patah. Ini tidak, sudahlah liat, rasa pula entah apa-apa.

Jadi tunggu apa lagi tu? Musim hujan ini sedap juga makan pancake ya. Cicah pula dengan sambal ikan bilis, bukan lempeng sahaja boleh dimakan sebegitu, pancake pun boleh tau. Jangan lupa kongsi tips mudah ini kepada kenalan korang.

Selamat mencuba & semoga bermanfaat! 

Kredit: Khairul Abdullah

Baca juga: Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

tags: | |