Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Guna Sayap Kekatu”, Pertama Kali Rasa Takoyaki, Lelaki Ini Samakan Flakes Dengan Kekatu, Terus Tak Nak Makan!

“Guna Sayap Kekatu”, Pertama Kali Rasa Takoyaki, Lelaki Ini Samakan Flakes Dengan Kekatu, Terus Tak Nak Makan!

Kategori:

Mempunyai sahabat yang pelbagai bangsa dan negara adalah satu anugerah atau rezeki. Kita akan dapat belajar pelbagai budaya dan adat mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan Malaysia mempunyai budaya yang menarik.

“Guna Sayap Kekatu”, Pertama Kali Rasa Takoyaki, Lelaki Ini Samakan Flakes Dengan Kekatu, Terus Tak Nak Makan!

Lelaki ini bernama Nas atau username (kawannahim) berkongsi detik kelakar bersama kawannya Nahim yang berasal dari negara Bangladesh.

Didapati bahawa, ini adalah pertama kali Nahim mencuba Takoyaki. Melalui reaksi pertama muka Nahim, menunjukkan reaksi yang diam dan hanya makan sahaja.

“Muka macam tak happy je?”, tanya Nas kepada Nahim kerana beliau menunjukkan reaksi yang biasa biasa sahaja.

Happylah Nas.”, Nahim membalas dengan senyuman dan mengatakan bahawa Takoyaki yang dimakan olehnya sedap.

Selepas diusik begitu, Nas mempunyai satu idea lagi untuk mengusik Nahim. Beliau samakan flakes takoyaki dengan sayap kekatu. Terkejut Nahim, dan terus tidak mahu untuk teruskan memakan takoyaki tersebut.

“Tak mahulah, you makan je lah Nas.”, tersenyum Nahim apabila diusik oleh Nas.

Walaupun diusik begitu, Nahim sentiasa tersenyum dan sedar bahawa kawannya hanya bergurau dengan beliau dan tidak serius pun dengan perkara tersebut.

@kawannahim #takoyaki ♬ Spongebob Closing Theme Song Music – Ocean Floor Orchestra

Dia Gula Gulakan Nahim

Menjengah di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gurauan daripada Nas terhadap kawan bangladesh beliau, Nahim.

“Stress member kena jawab sedap.”, komen netizen bernama Lynaluna.

“Dulu kawan kawan panggil sayap lipas.”, netizen user1086105 mengenang kembali kisah beliau bersama rakan rakan dahulu.

“Comel lah Nahim.”, puji Ceyyek kepada Nahim.

Semua memberikan komen yang positif terhadap video ini kerana dapat mencuit hati mereka dengan sikap Nahim.

Diharap, semua tidak tertukar sayap kekatu dengan takoyaki kerana ia jauh berbeza. Boleh bergurau dengan rakan rakan lain, dan lihat reaksi mereka.

Kredit: kawannahim

Baca Juga: Diperlekeh Pelanggan Kerana Jual Takoyaki Tepi Jalan Walau Ada Ijazah, Rupanya Peniaga Ini…

tags: | |