Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Pad Kra Pao Simple Tapi Sedap! Susah Nak Jumpa Rasa Yang Betul Sama Macam Thailand Punya, Ini Caranya!

Resipi Ayam Pad Kra Pao Simple Tapi Sedap! Susah Nak Jumpa Rasa Yang Betul Sama Macam Thailand Punya, Ini Caranya!

Kategori: ,

Ayam pad kra pao atau dikenali sebagai “Thai Basil Chicken Rice” di sesetengah restoran Thai merupakan ‘street food’ yang popular di Thailand. Bukan setakat di negara jiran, malah masyarakat tempatan juga amat menyukai ayam ini. Rasanya yang sebati ini menjadi kegemaran ramai orang.

Resepi ini telah dikongsi oleh Fateen Najihah. Masakan ini juga menggunakan teknik masakan ‘stir-fry’ yang dikenali sebagai teknik masakan popular dari China.

Resepi Ayam Pad Kra Pao Yang Simple Tapi Sedap. Susah Nak Jumpa Rasa Yang Betul-Betul Sama Macam Thailand Punya.

thailandBahan-bahan:

  • Sediakan ayam cincang
  • Daun basil segengam
  • Telur ayam 2, ke 3 biji ikut suka
  • Bawang putih 4,5 ulas
  • Cili padi 3, ikut selera pedas masing2.
  • Kicap ABC, Sos tiram
  • Sos ikan/sotong, garam, gula, kiub pati ayam.

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.
  2. Masukkan ayam, gaul-gaul sama dia.
  3. Tuang segala mak nenek kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa
  4. And last sekali letak daun basil, sekejap saja lepas tu tutup api.
  5. Cara hidang dia angkat dan letak dalam pinggan yang ada telur tadi, kambus telur tadi..
  6. Sedia di hidang.

thailand

Ayam pad kra pao sudah siap! Senang je nak masak resepi ni. Kalau masak sendiri lagi puas hati rasanya. Rasa macam duduk dekat Thailand nanti.

Sumber: Fateen Najihah

Baca juga: Masakan Paling Diminati Ramai. Ini Dia Resepi Ayam Goreng Pandan Thai, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Mudah dan Sedap !

tags: | |