Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Masakan Paling Diminati Ramai. Ini Dia Resepi Ayam Goreng Pandan Thai, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Mudah dan Sedap !

Masakan Paling Diminati Ramai. Ini Dia Resepi Ayam Goreng Pandan Thai, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Mudah dan Sedap !

Kategori: ,
ayam goreng pandan Thai

Lauk yang menjadi kegemaran kita selain makanan tradisional Malaysia ialah makanan Thai. Selain kelazatan masakan Malaysia, masakan dari Thailand pun tidak kurang hebatnya. Rakyat Malaysia turut menikmati kesedapan makanan dari negara seberang itu kerana selera mereka lebih kurang sama dengan kita.

Masakan ini juga sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi perkongsian tiktok fatin_idrus , dia ada berkongsi resepayam goreng pandan Thai yang sangat simple dan senang sahaja.

Masakan Paling Diminati Ramai. Ini Dia Resepi Ayam Goreng Pandan Thai, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Mudah dan Sedap !

Bahan-bahan

  • Ayam – dipotong kecil
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Gula perang
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk Jintan Manis
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Minyak bijan

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Kemudian perapkan selama 30 hingga 45 minit.masakan
  2. Seterusnya balut ayam yang telah diperap dengan daun pandan.masakan
  3. Goreng ayam tersebut dalam masa yang singkat sahaja.masakan
  4. Ayam goreng pandan Thai sudah siap untuk dimakan.masakan

 

Dah siap pun ayam goreng pandai Thai kita ni . Makan cicah dengan sos Thai ni memang padu sangat. Makan dengan nasi lagi sedap!

Jom try masak resepi ayam goreng pandan Thai ni . Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang.

Selamat menjamu selera !

Sumber: fatin_idrus 

Baca juga: Hidangan Laku Keras Pasar Malam, Resepi Ayam Madu Sira Sedap Makan Hingga Tinggal Tulang Je!

tags: | |