Jikalau disebut nama negeri Cik Siti Wan Kembang ini, semestinya di fikiran masyarakat Malaysia akan memikirkan makanan. Kerana, di Negeri Kelantan ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang lazat dan tak rugi untuk bazirkan duit di sana.
Untuk pengetahuan semua, Negeri Kelantan adalah berjiran dengan Negara Thailand. Seperti kita tahu, ramai juga rakyat Thailand yang berhijrah ke Kelantan dan membuka perniagaan di sini.
Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan ini adalah berdasarkan review yang diberikan oleh pelanggan yang pernah berkunjung ke restoran-restoran tersebut.
Sehinggakan orang luar dari Kelantan sanggup beratur panjang untuk makan di Restoran Suwarin Jinda Cafe yang terletak di Kampung Buluh, Kota Bharu, Kelantan.
Dikatakan lebih 200 pilihan hidangan untuk dipilih yang sama seperti Thailand. Antaranya ialah Daging Harimau Menangis, Kerabu Salmon, Pad Thai, Miang Pla Talapia dan banyak lagi.
Jika anda ingin ke sini, anda boleh rancang awal dengan menempah tempat duduk di Facebook Page Suwarin Jinda Cafe pada hari yang anda hendak datang. Dengan ini, anda tidak perlu beratur, hanya datang dan masuk sahaja ke kedai tersebut.
Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan.
Hari operasi: Buka setiap Khamis hingga Isnin
Waktu operasi: 3.30 petang sehingga 11.30 malam
Restoran Siam 2 juga salah satu restoran Thai yang selalu disebut di bibir masyarakat Kelantan.
Restoran ini boleh dikatakan berkonsepkan pasar malam yang ada di Thailand, banyak gerai kecil yang menyediakan pelbagai jenis hidangan street food Thailand.
Antara makanan yang paling popular di restoran ini adalah Daging Harimau Menangis atau Sua Rong Hai, Miam Pla, Pulut Mangga dan banyak lagi.
Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 3.00 pm – 10.30 pm, Jumaat hingga Ahad 3.00 pm – 11.30 pm
Rantau Panjang, Kelantan adalah sempadan antara Kelantan dan Thailand. Restoran Ran Ahan Thai ini terletak di Rantau Panjang, pelanggan yang pernah makan disini mengatakan bahawa makanan restoran ini original dari Thailand.
Antara makanan yang popular di Restoran Ahan Thai ini adalah Mee Celup, Somtam, Miang Pla dan banyak lagi. Untuk hidangan Miang Pla hanya ada pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Alamat: 327 Cabang 3 Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan
Waktu Operasi: 12.00 pm hingga 8.00 pm (Cuti Hari Selasa Sahaja)
Akibat kuasa viral di TikTok, Restoran Amalina ini dikunjungi oleh ramai pengunjung dari Kelantan mahupun luar Kelantan.
Restoran ini juga menyajikan pelbagai makanan thailand yang ada, salah satunya adalah Sotong Bakar, Mukbang, Sup Perut dan banyak lagi.
Alamat: LOT 16160, Kampung Lakota, 17600 Jeli, Kelantan
Waktu Operasi: 8.00 am hingga 11.00 pm (Cuti Hari Rabu Sahaja)
Jika anda datang ke Kelantan dan singgah ke Aeon untuk membeli belah. Boleh singgah ke Oley Kitchen di kawasan Food Court Tingkat 2 di Aeon Mall, Kota Bharu.
Salah satu kiosk di Food Court tersebut adalah kiosk masakan thailand yang sedap dan murah. Yang paling popular di Oley Kitchen ialah Tomyam Merah bersama udang yang besar.
Alamat: Aeon Mall, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 10.00 am hingga 10.00 pm (Buka Setiap Hari)
Antara kedai popular di Kelantan yang menyajikan pelbagai makanan ala thai, western dan masakan panas yang padu dan syok.
Kalau anda lalu di kawasan Pasir Putih, boleh lah singgah di Double A Station ini untuk merasai keunikan makanan yang pelbagai rasa dan tempat makan yang luas.
Alamat: Double A Station 3,Kampung Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Sri Aman Pasir Puteh
Waktu Operasi: 12.00 pm hingga 12.00 am (Buka Setiap Hari)
Alamat: No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan (Sebelum JPJ Bukit Bunga tepi Traffic Light)
Waktu Operasi: 2.00 pm hingga 11.00 malam (Buka Setiap Hari)
Restoran Big Oven Cafe ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang menarik. Makanan thai, western dan masakan panas juga turut disediakan. Portion yang disediakan banyak sehinggakan boleh dimakan 2 orang untuk satu hidangan.
Big Oven Cafe mempunyai kawasan yang luas, besar serta berhawa dingin, tempat parking juga disediakan untuk pelanggan. Paling viral di kedai ni ialah Shellout Pattani, Siakap Lemon Grass, Miang Pla dan banyak lagi.
Alamat: Lot 1807, Jalan Bayam, Kampung Paya Rambai, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 2.30 pm hingga 10.30 pm (Cuti Hari Isnin Sahaja)
Jadi tunggu apa lagi, senarai restoran thai dah ada nak singgah di Kelantan. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda semasa bercuti di Kelantan.