Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Siakap Halia Tiga Rasa

Resepi Ikan Siakap Halia Tiga Rasa

Kategori: ,
Ikan Siakap

Biasanya yang selalu kita makan ialah ikan siakap masak tiga rasa kan. Kali ni saya nak share resipi yang lain sikit daripada kebiasaannya iaitu ikan siakap halia tiga rasa. Yang berbeza adalah masak halia berbanding yang sebelum ni hanya masak dengan tiga rasa iaitu manis, masin dan masam.

Rasanya lebih sedap dan lebih padu daripada siakap tiga rasa kerana aroma halia yang akan menaikkan lagi rasa ikan siakap tanpa ada bau hanyir. Resipi ni eloklah dibuat masa hujung minggu kerana mungkin family korang semua akan berkumpul. Hidangkan resipi ni untuk dimakan bersama dan pasti akan menambahkan lagi selera makan tengahhari korang.

Nak buat juadah bukak puasa pun boleh. Bulan puasa dah tak lama kan. Kalau nak ambik resipi ni dan pergi jual pun boleh jugak. Confirm laku keras laa korang punya jualan. Kalau tak percaya trylaa buat. Nak jual kat restoran pun boleh. Resipi rare ni. Jarang dapat orang jumpa resipi ikan siakap masak halia tiga rasa ni.

Jom saya kongsikan bahan-bahanya terlebih dahulu. Yang ni resepi untuk dua ekor ikan taw.

Bahan-Bahan

– 2 ekor ikan siakap diperap dengan kunyit,garam,asam jawa
– 2 sudu makan tepung jagung
– 5 sudu makan air
– 2 sudu makan sos tiram
– 2 sudu makan sos ikan
– 2 biji cili padi dicincang
– 3 ulas bawang putih dicincang
– Halia sebesar ibu jari dihiris
– 3 bawang daun bawan dihiris
– 1 batang lada besar dihiris nipis
– 1 sudu makan garam
– 1/2 sudu makan gula
– 2 cawan minyak masak

Itulah dia bahan-bahan yang perlu korang sediakan untuk masak resipi ni. Pergi ke pasar dan beli satu persatu bahan tersebut. Jangan ada yang tak beli pulak. Tak pasal-pasal kena pergi beli balik. Tak ke menyusahkan tu. Lepas dah ada bahan, jom kita masak.

Cara Memasak

1. Masukkan minyak kedalam kuali dan panaskan.Kemudian masukkan ikan siakap dan digoreng sehingga rangup.
2. Ketepikan ikan yang dah digoreng dan panaskan minyak didalam kuali sekali lagi.
3. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga sehingga ianya layu.
4. Kemudian masukkan sos cili,sos tiram,sos ikan dan cili padi. Gaulkan sehingga rata.
5. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Akhir sekali, tambahkan gula dan garam secukup rasa.
7. Dah boleh masukkan ikan yang telah siap digoreng.
8. Hidangkan bersama taburan daun bawang dan hirisan lada besar.

Selamat mencuba !

Nak try versi masak ikan siakap yang lain? Jom cuba 30 resipi ikan siakap di Daily Makan.

tags: |