Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hidangan Pemanis Mulut Untuk Pagi Hari Raya, Resipi Kek Kukus Batu Marmar! Punyai Bentuk, Warna Yang Cantik & Sedap

Hidangan Pemanis Mulut Untuk Pagi Hari Raya, Resipi Kek Kukus Batu Marmar! Punyai Bentuk, Warna Yang Cantik & Sedap

Kategori: ,
Kek Kukus Batu Marmar

Walaupun raya 21 hari lagi, tapi para ibu sudah sibuk untuk memikirkan hidangan apa yang sesuai untuk dimasak di pagi hari raya. Paling penting, pemanis mulut main peranan penting untuk dihidangkan.

Kek Kukus Batu Marmar ini sangat sesuai untuk dihidangkan dan kek ini seperti kek batik Sarawak sedikit kerana ianya sangat lembut dan tidak mudah rosak apabila disimpan di peti sejuk.

Hidangan Pemanis Mulut Untuk Pagi Hari Raya, Resipi Kek Kukus Batu Marmar! Punyai Bentuk, Warna Yang Cantik & Sedap

Resipi Kek Kukus Batu Marmar ini dikongsikan oleh Jamayah Bujang lalu dikongsikan semula di Facebook Page Planet Oven Sue.

Kek Kukus Batu Marmar

Bahan-Bahan:

  • 450gm butter
  • 1 gelas gula halus
  • 10 biji telur ayam
  • 1 gelas tepung susu
  • 1 gelas tepung gandum
  • 1 gelas milo
  • 1 tin kaya kecil
  • 100gm susu manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 200gm horlick
  • 1 Pack besar chocolate cadbury (dicair)
  • 4 sudu browning
  • Acuan segi empat 8.5×8.5

Kek Kukus Batu Marmar

Cara Penyediaan Adunan:

  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan seri kaya dan susu manis, pukul sebati.
  3. Masukkam horlick dan tepung sikit demi sedikit.

Nota: Bahagikan kepada dua bahagian

Bahagian A

Campurkan adunan dengan milo, coklat cadbury (yang sudah dicairkan) dan browning. Gaul rata.

Bahagian B

Campur adunan dengan susu tepung. Bahagikan lagi kepada 3 bahagian, dibagi warna merah, hijau, dan kuning. Kukus berasingan setiap warna. Bila ketiga -tiga sudah masak, potong dadu.

Akhir sekali, letakkan separuh adunan A dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses.

Kek Kukus Batu Marmar

Letak Kek Kukus Batu Marmar dalam peti sejuk masa malam raya, terus makan pagi raya mesti rasa sedap gila! Walaupun resipi kek ini agak rumit tapi hasilnya sangat menarik.

Selamat Mencuba!

Kredit: Jamayah Bujang

Baca Juga: Resepi Kek Kukus Labu, Gerenti Lembut & Gebu Bila Dimakan. Satu Slice Tak Akan Puas!

tags: | |