Tart Nenas sememangnya merupakan kuih dan biskut yang popular ketika sambutan Hari Raya di bulan Syawal. Pelbagai bentuk Tart Nenas Comel boleh didapati mengikut daya kreativiti masing-masing.
Biskutnya yang rapuh dan enak dengan inti jem nenas yang cair dalam mulut sememangnya menambat hati lagi-lagi kepada penggemar nenas.
Biasanya, Tart Nenas dibuat dengan cara penggulungan. Tetapi kali ini kami ingin kongsikan cara buat Tart Nenas comel yang sebenar dengan bentuk nenas yang comel.
Perkongsian tart nenas comel daripada Norasiah Adnan ni menambat hati semua. Jom ikut!
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tart Nenas Yang Sebenar! Tekstur Gebu Gebas Sampai Sayang Nak Makan
Bahan-Bahan:
- 1 cawan mentega
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 biji telur kuning sahaja
- 3/4 cawan gula halus
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 penutup esen vanilla
- pewarna kuning telur
Init: Jem Nenas – gelintit bujur-bujur guna minyak.
Cara Penyediaan:
- Gaul mentega dan gula – pukul sekejap sahaja.
- Masukkan susu, telur kuning, esen vanilla dan gaul sebati selama 10 minit.
- Masukkan tepung jagung, gaul perlahan kemudian tepung kastard dan akhir sekali tepung gandum sedikit-sedikit sampai adunan tak melekat pada jari.
- Ambil sedikit doh untuk buat daun nenas warna hijau.
- Doh kuning buat bulat-bulat dan letak inti jem di dalamnya. Lepastu sapu kuning telur atasnya.
- Bakar api atas bawah 150 darjah celcius (ikut oven) selama 20 minit.
Dah siap tart nenas comel kita! Memang menarik kan bentuknya. Teruja pula nak makan. Sedap tau bila dia cair dalam mulut.
Bagi sesiapa yang ingin mencubanya, silakan! Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Norasiah Adnan
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Kek Pisang Moist Yang Cair Dalam Mulut, Bertahun Cipta Resipi Ini Akhirnya Berjaya!