Negeri Kelantan yang terkenal dengan lauk pauk yang pelbagai dan sedap pasti dapat memikat hati setiap orang yang pernah mencuba masakan negeri tersebut.
Bulan puasa ni mesti rasa buntu kan nak masak apa? Harini Daily Makan nak share resipi yang famous di Kelantan iaitu gulai kuning ikan merah yang menjadi tumpuan kerana cara memasaknya sangat mudah.
Siap Ada Tip, Lelaki Ini Kongsikan Resipi Gulai Kuning Ikan Merah Style Kelantan!
Bahan-Bahan:
- Ikan merah (1-1.3kg)
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawnag putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji cili padi
- 1 sudu makan cili kisar
- 300ml santan pekat
- 200ml air
- asam keping
- cili besar
- garam dan gula
Cara Penyediaan:
- Kisar 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit hidup, 1 biji cili padi dan 1 sudu makan cili kisar. Kisar sehingga lumat.
- Masukkan bahan yang sudah dikisar lumat, 300ml santan pekat, 200ml air dan 1 keping asam gelugor ke dalam periuk.
- Buka api sederhana dan kacau sesekali sehingga mendidih. (Kacau supaya santan tidak pecah minyak)
- Setelah mendidih, masukkan isi ikan merah yang telah dibersihkan dan hirisan cili besar.
- Kacau seketika dan perasakan menggunakan garam dan gula.
- Tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Kemudian setelah mendidih tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips :
- Bersih darah beku pada tengah-tengah bahagian ikan untuk hilangkan hanyir ikan.
- Lumur lebih kurang 2 sudu teh garam pada isi ikan dan masukkan ke dalam peti. Jika nak masak pada keesokan hari. malam lumur masuk peti. Barulah isi ikan menjadi sedap.
Sumber: Ben Safwan
Baca juga: Ini Resipi Kerabu Timun Bersantan, Menu Dari Kelantan Yang Mantap Dimakan Sejuk