Selain hidangan lauk untuk berbuka puasa, kita juga pasti tercari-cari hidangan air yang sedap dan refreshing untuk disediakan ketika iftar.
Seperti sebuah resipi yang tular di media sosial, Pati Strawberi Lemonade ini adalah antara menu yang boleh dibuat masa buka puasa. Sekali minum, pasti nak lagi kerana kesegarannya.
Menariknya, ia dibuat dalam bentuk pati. Jika anda ingin meminumnya, hanya tambah aiskrim soda dan kiub ais untuk disediakan sebelum berbuka.
Jom Buat Air Pati Strawberi Lemonade Viral, Nak Minum Cuma Tambah Soda & Ais. Senang & Refreshing
Bahan-bahan:
- lemon
- strawberi
- 1 1/4 cawan gula
- aiskrim soda
- ais secukupnya
Cara penyediaan:
- Cuci buah strawberi sehingga bersih .
- Gosok kulit lemon dengan garam dan cuci bersih.
- Hiris buah lemon dan buah strawberi, masukkaan dalam bekas.
- Kemudian, masukkan pula dan kacau rata.
- Masukkan ke dalam balang dan biarkan seketika.
- Setelah itu, ambil dua sudu besar pati tersebut dan masukkan ke dalam bekas.
- Masukkan kiub ais dan masukkan air soda.
Siap untuk diminum! Tinggal letak air soda dan ais sahaja. Pati Strawberi Lemonade sedia untuk menyenangkan kerja anda dalam menyediakan hidangan air yang sedap.
Info:
- Pati ini boleh bertahan sehingga seminggu.
- Selain gula, boleh juga gantikan dengan madu.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Little_ingredients
Baca juga: Resipi Simple Ubi Manis Ungu, Tekstur Lembut Rasa Lemak Manis. Makan Dengan Teh O Panas Memang Ngam!