Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Aiskrim Goreng Paling Nikmat Rasanya

Aiskrim Goreng Paling Nikmat Rasanya

Kategori: ,

Hai semua.. Buat apa hari ni? Teringin nak makan aiskrim goreng hasil buatan tangan anda sendiri. Jangan bimbang, saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat aiskrim goreng yang paling power dan sangat simple. Confirm anda tidak akan rugi untuk membaca cara-cara hendak membuat aiskrim goreng ini kerana ianya memberi anda panduan yang sangat bernas.

 

Bahan-bahan

  • Aiskrim (perasa ikut citarasa masing-masing),
  • Beberapa keping roti,
  • Penekap berbentuk bulat

Cara-cara

  1. Ambil roti dan gunakan rolling pin untuk nipiskan setiap keping roti. Biar betul-betul nipis tau sebab kita nak dapat kulit luar yang rangup. Jika roti tak dinipiskan, nanti apabila digoreng akan jadi soggy sebab serap minyak.
  2. Setelah itu, ambil beberapa sudu/scoop aiskrim dan letakkan di bahagian tengah roti. kemudian, kalau anda nak tabur kacang ke, letak jem atau sos coklat pun boleh.
  3. Ambil sekeping lagi roti dan tindan di atas aiskrim tadi. Tekan-tekan di bahagian tepi roti dan guna egg ring untuk dapatkan bentuk bulat.
  4. Untuk pastikan yang aiskrim tidak meleleh keluar semasa kita menggoreng, anda mesti kelim bahagian tepi roti menggunakan garpu.
  5. Setelah siap, masukkan roti aiskrim ke dalam freezer. Biarkan selama sekurang-kurangnya 2 jam jika anda ingin aiskrim di dalamnya betul-betul beku.
  6. Panaskan minyak masak dalam kuali dan pastikan minyaknya cukup untuk kita deep fry roti aiskrim kita.
  7. Keluarkan roti aiskrim dari freezer tetapi anda tidak perlu biarkan pada suhu bilik atau nak defrost. Jika minyak dah betul-betul panas, masukkan roti aiskrim dan goreng selama lebih kurang 9 – 12 saat.
  8. Angkat, tuskan atas kertas tisu dapur. Hidangkan dengan segera, conform nikmat sampai menjilat jari perghhh.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk anda semua yee!!

 

tags: | | | |