Ketam merupakan sejenis hidupan laut yang boleh didapati di tepi pantai. Enak dimasak dalam pelbagai hidangan, ia antara makanan laut yang sangat digemari ramai.
Oleh kerana ketam dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding makanan laut yang lain, para nelayan juga sering menangkapnya bagi mencari rezeki yang lebih. Namun, mereka perlulah berhati-hati kerana seperti mana-mana haiwan, ketam ini ganas jika diusik. Tak percaya? Lihatlah perkongsian ini.
Mengunjungi sebuah pantai yang berhampiran, seorang wanita, lantak_ telah terserempak dengan hasil tangkapan beberapa orang nelayan. Nampak sangat banyak, dia menghampirinya untuk melihat pelbagai jenis hidupan laut yang ada.
Antara yang tertangkap adalah beberapa ekor ketam yang masih hidup dan sedang melarikan diri. Ketika sedang merakamnya dalam video, seekor ketam yang lebih besar dari yang lain menarik perhatiannya.
Bergerak dengan laju, ia jelas cuba melarikan diri namun, ia telah melangkaui seekor ketam kecil yang cuba menyepit kakinya. Mungkin marah dengan perkara itu, ketam yang lebih besar itu bertindak dengan ganas dan cuba melawan ketam tersebut.
Seperti seorang samseng, aksi ketam itu buat wanita itu jelas terhibur.
https://www.tiktok.com/@lantak_/video/7111258517171981595?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@lantak_Amboi dia samseng sungguh 😂♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman media sosial, penonton turut berasa sangat terhibur melihat aksi dua ekor ketam itu. Menurut seorang pengguna, mohd_mohd80606, tiada guna mereka bergaduh memandangkan pengakhiran mereka tetap sama. Nanti akan dijadikan lauk kari juga, jadi tak perlulah bergaduh.
Manakala pengguna Muhammad Naem211 berasa penat mula kerana terlalu banyak menghabiskan masa tergelak dengan perkara itu.
Aduh, tak sangka pula ketam ini merupakan haiwan yang panas baran juga. Tak boleh diusik, nanti dia terus sepit! Jadi, korang yang suka beli ketam yang segar dan masih lagi hidup itu, silalah berhati-hati kerana takut nanti anda pula yang bergaduh dengan ketam tersebut.
Kredit: lantak_
Baca Juga: Kahwin Dengan Suami Tak Dapat Restu Ayah, Tapi Sekarang Lain Pula Ceritanya..