Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Kahwin Dengan Suami Tak Dapat Restu Ayah, Tapi Sekarang Lain Pula Ceritanya..

Rasida by Rasida
Jun 22, 2022
in Masak Apa Hari Ini?
2 min read
0 0
0
tak dapat restu
0
SHARES
660
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Alam perkahwinan tak semuanya indah. Malah, setiap pasangan akan diduga dengan pelbagai cabaran. Kadang-kadang hal itu boleh membuat ramai orang berasa putus asa, akhirnya berpisah.

BacaJuga

harga barang naik

“Kalau Dah Tahu Harga Barang Naik..”, Kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka Undang Kecaman Netizen

Julai 2, 2022
4
tak sediakan meja

Pergi Kenduri Tapi Tuan Majlis Tak Sediakan Meja Untuk Tetamu Makan, Rupanya Ini Sebabnya..

Julai 2, 2022
18

Ada kalanya cabaran terbesar yang dihadapi oleh setiap pasangan adalah tak lain tak bukan restu ibu bapa. Tak semua hubungan direstui oleh mereka. Ini kerana mereka hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak tapi jika percaya pada jodoh dan takdir Tuhan, lama-kelamaan, hati mereka akan lembut. Paling penting, kita tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk meyakinkan mereka.

Kahwin Dengan Suami Tak Dapat Restu Ayah, Tapi Sekarang Lain Pula Ceritanya..

Terbaharu, seorang wanita (identiti dirahsiakan) telah berkongsi kisah hidupnya yang sangat menyayat hati. Seperti insan lain, dia turut menghadapi cabaran yang sangat berat ketika ingin mendirikan rumah tangganya.

Walaupun sekarang ini sedang berbahagia, malah mempunyai perniagaan sendiri, menurut wanita itu, perkahwinannya dengan suami tidak direstui oleh ayahnya suatu ketika dahulu.

Meskipun hal itu perit, dia redha namun tetap nekad untuk berkahwin dengan pilihannya. Akhirnya, ayahnya juga terpaksa akur dengan keputusan itu.

Setelah beberapa tahun berlalu, wanita itu bersyukur dengan kegigihan dan keikhlasan suaminya yang sedia membantu bapanya tanpa jemu. Mengusahakan sebuah perniagaan kedai makan, hal itu tidak mudah buat bapanya tapi pada setiap pagi, pasangan tersebut akan ke sana bagi meringankan bebannya. tak dapat restu tak dapat restu

Mengimbau kisah itu, wanita tersebut berasa terharu ketika melihat suaminya sibuk membantu di kedai bapanya. Dia juga meluahkan rasa berterima kasih pada suaminya kerana sangup menghadapi susah dan senang bersama. tak dapat restu

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa terharu melihat hal yang telah dikongsikan itu. Mereka turut mendoakan agar pasangan itu terus kekal bersama sehingga ke Syurga dan dimurahkan rezeki selalu.

“Semoga Bahagia Selalu..” tak dapat restu

Restu ibu bapa itu amatlah penting dalam semua perkara, terutamanya perkahwinan tapi adakalanya rahsia Tuhan ini tiada siapa yang tahu. Jika anda sedang bergelut dengan cabaran sebegini, jangan mudah putus asa. Yakin dengan pilihan anda dan cuba yakinkan kedua-dua ibu bapa. Lama-kelamaan hati mereka yang keras tentu akan berlembut juga.

Baca Juga: Jumpa Benda Tajam, Lelaki Ini Terus Hilang Selera Nak Makan Nasi Kandar Di Kedai Mamak

0/5 (0 Reviews)
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download xiomi firmware
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
10
KEK KELADI
Masak Apa Hari Ini?

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Julai 2, 2022
33
sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
70
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist