Batu karang boleh terbentuk pada buah pinggang atau di salur ureter di antara pundi kencing dan buah pinggang dan boleh menyebabkan sakit belakang yang teruk, lebih teruk dari sakit waktu bersalin.
Punca utamanya berlaku penyakit batu karang ini kerana kekurangan pengambilan air dalam badan. Kekurangan air akan menjadikan air kencing pekat dan memudahkan pembentukan batu karang.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bagi anda yang mencari jalan untuk menghilangkan batu karang tanpa bergantung pada pembedahan, boleh lah cuba amalkan minuman yang dikongsikan oleh Putri Ayu Maisarah Maisarah.
Minuman ini pernah diamalkan oleh arwah maknya yang pernah menderita sakit batu karang. Setelah diamalkan, batu dalam buah pinggang hancur dengan sendiri dan menjadi pasir, tak perlu jalani pembedahan! Kalau nak tahu, jom baca perkongsian penuh olehnya.
PETUA HILANGKAN BATU KARANG
Petua dari Arwah Mama. Dulu Arwah ade batu karang. Sampai nak kena buat pembedahan. Batu dalam buah pinggang arwah dah membesar sampai 1 point 8.
Syukur Alhamdulilah.. setelah Mama amal kan bali campur gula batu, Arwah tak jadi nak buat pembedahan. Bila cek dengan doktor, batu dalam buah pinggang mama dah hancur jadi pasir. Kena rajin amal kan untuk batu karang.
Bali dan gula batu. Minum tiap2 hari. Insyaallah.
Mesti rasa tak percaya dengan minum air barli setiap hari boleh bantu dengan masalah batu karang, kan? Bukan saja menghancurkan, ia juga dapat menghentikan pembentukan batu karang.
Air barli dapat membantu keseimbangan PH dalam tubuh badan kita dengan menjadikan ia alkali. Ini dapat mengelakkan pembentukan batu karang. Selain itu, kandungan mangnesium pada barli juga dapat mempercepatkan pemecahan kristal kasium oxalate.
Jadi buat anda yang ingin menjaga kesihatan dan mengelakkan pembentukan batu karang pada buah pinggang, boleh lah amalkan minuman air barli ini setiap hari. Selamat dan murah sahaja.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Putri Ayu Maisarah Maisarah
Baca Juga: Wanita Ini Dedah Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Yang Mudah Serta Menjadi, Wajib Cuba!