Ikan Tenggiri Jeruk memang sangat enak jika digoreng bersama bawang. Kalau goreng kosong pun sedap. Lepas tu cicah dengan sambal. Lauk biasa sahaja, tapi seleranya sangat luar biasa. Tapi Ikan Tenggiri Jeruk ini boleh dibuat sendiri ke? Susah ke tak ya. Jawapannya adalah boleh dan tak susah pun.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti cara membuat Ikan Tenggiri Jeruk ini dari Suraya Soib. Memang menjadi tau. Buat sendiri ni lebih jimat dan selamat! Jom kita cuba sekarang.
Resepi Ikan Tenggiri Jeruk Yang Mudah
Bahan-bahan:
- Ikan tenggiri
- Cuka
- Garam
- Asam keping
- Minyak masak
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ikan tenggiri.
- Selepas dah cuci bersih, jemurkan selama 2 jam.
- Selepas 2 jam, celup ikan dalam cuka kemudian masukkan dalam bekas. Tabur garam dan asam keping.
- Simpan selama 7 hari. Simpan dalam peti ais lagi okay.
- Hari ke tujuh, ambil isi ikan yang sudah dijeruk dan buang airnya.
- Kemudian letak minyak masak.
- Siap.
Semudah ABC sahaja kan nak sediakan Ikan Tenggiri Jeruk ini? Bahan yang digunakan juga memang bahan yang sedia ada di dapur. Tambahan pula kalau buat sendiri lebih jimat. Jadi tunggu apa lagi, buat penggemar Ikan Tenggiri Jeruk tu boleh la cuba sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Suraya Soib Via MAHN