Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nasi Putih Lauk Ayam Butter Salted Egg Harga RM17 Buat Lelaki Ini Benggang, Rasa Membazir Beli

Nasi Putih Lauk Ayam Butter Salted Egg Harga RM17 Buat Lelaki Ini Benggang, Rasa Membazir Beli

Kategori:
ayam butter salted egg

Kenaikan harga barangan di pasaran seperti makanan dan minuman memberi kesan yang besar pada bukan sahaja pengguna, malah pengusaha restoran.

Krisis itu memaksa mereka menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi menampung pelbagai kos dan memastikan perniagaan mereka tidak kerugian.

Hal itu jelas tidak menggembirakan pelanggan, lebih-lebih lagi bila ada segelintir peniaga di luar sana yang telah mengambil kesempatan dengan menggenakan harga yang tinggi tapi masakan yang tidak berkualiti.

Nasi Putih Lauk Ayam Butter Salted Egg Harga RM17 Buat Lelaki Ini Benggang, Rasa Membazir Beli

Pengalaman yang kurang menyenangkan telah berlaku pada seorang lelaki yang telah membeli nasi putih bersama lauk ayam butter salted egg di sebuah kedai untuk dimakan.

Dengan harga RM17 sebekas, lelaki itu mempunyai harapan yang tinggi dan menyangka bahawa dia akan berasa berpuas hati bila memakannya. ayam butter salted egg

Namun bila melihat pada apa yang dibeli, dia berasa terkilan seketika. Dengan hanya tiga ketul isi ayam sebesar jari kelingkingnya yang diberi, hal itu tidak sepatutnya. ayam butter salted eggayam butter salted egg

Tambahnya juga di ruangan komen, dia tidak kisah jika perlu membayar harga yang mahal jika makanan yang dibeli adalah sedap dan berbaloi tapi jika ini yang diperolehi, memang dia akan berasa kecewa.

@hannahmarissa.papa Berbaloi ke harga macam ni? Standard ke? #fyp #kasiviral #viraltiktok #malaysiaviral ♬ original sound – Hannahmarissa.papa

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut menggelengkan kepala melihat perkara itu. Selain meluahkan rasa kecewa, ada juga yang berasakan peniaga sebegini yang membuat pelanggan berasa takut untuk membeli makanan.

“Sekarang Tak Boleh Beli Makanan Kat Luar..” ayam butter salted egg

Sebagai peniaga, seharusnya kita menjadi seorang yang bertanggungjawab dan jujur. Hal ini menjadikan pelanggan berasa senang untuk berurusan.

Meskipun kenaikan harga barangan memberi kesan pada semua, namun segelintir peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan cuba mencari untung yang lebih. Hal itu boleh memberi kesan pada perniagaan anda juga.

Kredit: hannahmarissa.papa

Baca Juga: “Bukan Salah Akak..”, Niat Wanita Ini Untuk Buat Minuman Sarsi Tak Jadi, Salahkan Jalen Pula

tags: | | |