Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Padah Biar Suami Masuk Dapur, Wanita Ini Kesal Lepas Tengok Keadaan Rumah. Sikit Lagi Nak Panggil Bomba!

Padah Biar Suami Masuk Dapur, Wanita Ini Kesal Lepas Tengok Keadaan Rumah. Sikit Lagi Nak Panggil Bomba!

Kategori:
biar suami masuk dapur

Memasak merupakan sesuatu yang mudah. Tapi hakikatnya, tak semua tahu caranya. Kemahiran dan minat terhadapnya perlu lah dididik semenjak kecil lagi, sekurang-kurangnya tahu mengenai perkara asas di dapur.

Namun masih ramai di antara kita yang lalai dan kurang peka bila di dapur hingga ada yang mudah lupa dan membiarkan sahaja makanan dimasak tanpa pengawasan.

Kelalaian tersebut boleh mengundang padah dan kemalangan yang tidak diingini seperti yang berlaku ke atas rumah wanita ini.

Padah Biar Suami Masuk Dapur, Wanita Ini Kesal Lepas Tengok Keadaan Rumah. Sikit Lagi Nak Panggil Bomba!

Memandangkan _nurdalilah_00 tidak bekerja pada hari kejadian dan ingin meluangkan waktu untuk berehat, dia mengambil sedikit masa untuk tidur dan bangun lewat dari biasa.

Walaupun begitu, wanita itu tersedar dari tidurnya apabila tercium bau yang kurang menyenangkan. Tak tahan kerana terbatuk-batuk gara-gara bau yang hangit, dia terus lekas bangun dari katil dan mencari punca baunya. biar suami masuk dapur

Keluar sahaja dari bilik tidurnya, wanita itu terkejut melihat asap berkepul dalam rumah. Lekas ke dapur, dia mendapati sup ayam yang sedang dipanaskan di atas dapur sudah hangus menjadi hitam. Terus dia memadam api dapur tersebut.

Bila ditanya suaminya, lelaki itu mengaku bahawa kejadian itu berpunca kerana dia ingin memanaskan sup ayam yang telah disimpan dalam dapur. Kesal dengan perkara tersebut, wanita itu hanya mampu mengeluh. biar suami masuk dapur

“Nasib lah takde sape call bomba. Haiih, ni lah jadinya kalau laki masuk dapur.”, katanya.

https://www.tiktok.com/@_nurdalilah_00/video/7138267213366119707?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@_nurdalilah_00 nasib lah tkdak sapa call bomba 🤣😂😂 haihhh ni lah jadinya kalau laki masuk dapoq 😫😫😢🤣 #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #rumahberasap #pagipagicarimasalah #viral #esekeli ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

Di ruangan komen, ramai luah rasa syukur kerana wanita itu dan suami selamat, tiada berlaku kejadian yang tidak diingini ke atas mereka.

“Alhamdullillah.. selamat awak dengan suami, ghisau!”, kata pengguna Chima Jima657.

“Risau lah laki kak ni. Nasib baik kak hidup lagi.”, usik Ain.

Suami Dan Isteri Selamat, Ramai Bersyukur biar suami masuk dapur

Nasib baik sempat sedar sebelum keadaan menjadi semakin parah. Nak marah pun tiada guna, benda dah jadi tapi kalau sedang memasak, kita perlu buang sifat pelupa dan lalai kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan.

Kredit: _nurdalilah_00

Baca Juga: “Nenek Aku Pernah Kena Scam Macam Ni..” – Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar, Wanita Ini Kesal Ditipu

tags: | | |