Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Cara Buat Biskut Ala Famous Amos Guna ‘Air Fryer’, Untuk Anda Yang Tiada Oven

Cara Buat Biskut Ala Famous Amos Guna ‘Air Fryer’, Untuk Anda Yang Tiada Oven

Kategori:
Biskut Ala Famous Amos

Hai semua! Korang nak buat cookies tapi tiada oven? Jangan risau, resepi ini khas untuk anda yang tiada oven tetapi mempunyai air fryer. Tak percaya air fryer boleh membakar biskut? Wanita ini berkongsi cara dia membuat biskut menggunakan air fryer dan hasilnya memang sama macam guna oven! Jom ikuti resepi cara buat biskut ala famous amos guna air fryer yang dikongsikan oleh Ep Rafizah Nordin.

Resepi ini amat mudah dibuat, hanya perlu gaul guna sudip sahaja tanpa perlu menggunakan pemukul.

Cara Buat Biskut Ala Famous Amos Guna ‘Air Fryer’, Untuk Anda Yang Tiada Oven

 

Bahan-bahan:

  • Butter 250g
  • Coklat chips
  • Kacang badam
  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Tepung jagung – 1/2 cawan
  • Gula perang – 3/4 cawan
  • Telur gred A – 1 biji
  • Minyak masak – 6 sudu besar
  • Serbuk penaik – 1/2 sudu kecil

Cara-cara:

  1. Saya guna pure butter scs. Bau & rasa dah macam butter cookies. Minyak masak saya ganti minyak mazola.
  2. Gaul butter (suhu bilik) dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan telur, serbuk penaik dan minyak masak.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan coklat chip dan kacang badam.
  6. Sejukkan bahan biskut dalam peti (bahagian chiller) selama 30 minit.
  7. Keluarkan dari fridge bagi lembut sikit baru scoop. Lapikkan dengan baking paper. Sikit je letak. Jangan banyak2 dan tebal. Nanti tak rangup.
  8. See dia kembang. Bauuu sampai luar rumah. Saya guna AF Haier. Saya uji bebrapa kali paling cantik suhu 165 masa 10 minit.
  9. Keluarkn & letak dalam dulang. Sejukkan dulu betul2 baru masuk bekas. Mula2 lepas masak macam rapuh. Dah Betul2 sejuk nanti tekstur dia keras molek.

Yummy! Sesuai sebagai kudapan depan tv atau dah boleh standby untuk raya.

Selamat mencuba!

tags: